Fenomena Gerhana Matahari Anulus 2012

Fenomena Gerhana Matahari Anulus 2012

Gambar Atas:
FENOMENA gerhana matahari cincin (Anulus) yang julung kalinya berlaku jelas kelihatan di Yokohama, Tokyo, pagi ini. Jepun adalah antara negara yang dapat melihat fenomena itu secara penuh atau dipanggil fasa Anulus. Gambar bawah, orang ramai menyaksikan gerhana anulus matahari di taman tepi laut di Yokohama, berhampiran Tokyo. - Foto AP



Gerhana matahari pada Isnin lalu, 21 Mei 2012, tergolong peristiwa jarang ditemui.  Ketika tompok bulan keluar dari matahari, keadaan ini akan menghasilkan "cincin api" di langit. Menurut Space.com, bulan menutup sekitar 94 peratus bahagian matahari sehingga memberikan pemandangan jarang ditemui.

Lingkaran cincin saat puncak gerhana matahari terlihat selebar 3 peratus dari diameter matahari. Cahaya ini cukup untuk menenggelamkan keindahan Korona matahari dan kromosfer matahari merah rubi. Gumpalan gas hidrogen terlihat melompat dari matahari.


Info lanjut gerhana matahari, klik di http://sahabatroselle.blogspot.com/2012/05/gerhana-matahari-cincin-annulus-20-mei.html

Keputusan Temuduga Yayasan Pahang ke Timur Tengah

Keputusan Temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 



 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Perhatian kepada semua calon-calon yang telah menghadiri temuduga pinjaman Yayasan Pahang ke Timur Tengah bagi Sesi Mei 2012, keputusan temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang boleh dicapai terus melalui laman web YP bermula 17 Mei 2012 (Khamis) di ruangan Khidmat Atas Talian -> Sistem Dalaman ->e-semakan (di sini, http://eyayasan.yp.org.my/semakan/status/sesi.php)

Hari Guru Daerah Maran 2012 Kerjaya guru terus dimartabat

Hari Guru Daerah Maran 2012, Kerjaya guru terus dimartabat


Ismail Abdul Muttalib diiringi Baharum Samat (dua dari kiri) bersalaman dengan para guru pada majlis perasmian Hari Guru Daerah Maran di SMK Jengka 2, Maran, Pahang, kelmarin.

MARAN 20 Mei - Profesion perguruan akan terus dimartabat menerusi pelbagai bentuk insentif dan proses penambahbaikan perkhidmatan pendidikan sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan guru.

Setiausaha Kelab Penyokong Wakil Rakyat Barisan Nasional (BNBCC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, usaha memartabat profesion perguruan adalah proses berterusan yang menjadi agenda utama kerajaan sejajar dengan peranan guru sebagai penjana utama transformasi negara.

''Ini membuktikan kerajaan sangat menghargai keringat guru yang menabur bakti tanpa rasa jemu bagi melahirkan generasi baru yang berpendidikan, rasional dan bersyukur.

''Dedikasi seseorang guru sangat dituntut supaya semua proses transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan dengan cemerlang. Ini akan dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negara pada masa depan yang gemilang," katanya.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru 2012 peringkat Daerah Maran yang turut dihadiri Pegawai Pelajaran Daerah, Baharum Samat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 di sini semalam.

Kerjaya Jururawat Perlu Sabar dan Senyum

Kerjaya Jururawat Perlu Sabar dan Senyum


CEMERLANG...(dari kiri) Betterline, Kalaiselvi, Wu Jie Yee dan Kasthuri Subramaniam bersama anugerah pencapaian cemerlang sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa, minggu lalu.

SABAR dan senyum bukanlah perkara mudah untuk dilakukan terutama apabila perlu berdepan dengan bermacam kerenah manusia. Sabar dan senyum juga bukanlah sekadar ayat manis atau kata semangat untuk menenangkan diri kala dilanda pelbagai cabaran yang membabitkan individu lain.

Namun, sabar dan senyum itulah yang menjadi azimat serta pemangkin diri setiap jururawat dalam menghadapi tugasan setiap hari agar pesakit yang dikendalikannya lebih selesa hingga dapat pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Benar, sabar dan senyum itu agak klise apabila dikaitkan dengan jururawat kerana mereka juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Tapi dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada jururawat, sabar dan senyum menjadi sebahagian daripada hidup mereka yang tidak hanya terhad ketika di wad hospital.

Bagi Betterline Nyorid, setiap jururawat perlu sentiasa ada sifat empati iaitu berkeupayaan menyelami serta memahami perasaan atau emosi orang lain yang mana ia menjadi aspek penting dalam skop tugasan jururawat agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.


“Sebagai jururawat, kami perlu letakkan diri sebagai pesakit. Mereka datang ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan segera bagi membolehkan mereka kembali hidup secara normal.

“Kita sendiri pun akan rasa marah apabila lambat mendapatkan rawatan atau dilayan dengan buruk, jadi jururawat perlu sentiasa letakkan situasi itu pada diri apabila berdepan pesakit yang datang dengan pelbagai kerenah.

“Sememangnya sabar memainkan peranan utama dalam kehidupan setiap jururawat, jadi senyum adalah perkara terbaik untuk menanganinya,” katanya.

Semak Keputusan Naik Pangkat Guru

Semak Keputusan Naik Pangkat Guru


1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
  Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada:  

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA .
Tel: 03-88847963/7863/7816
Email: cnp@moe.gov.my


PENGUMUMAN TAMBAHAN:

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing atau Urus Setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk tujuan semakan status.


Untuk membuat semakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah klik di http://www.moe.gov.my/naikpangkat/

PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY)

PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY) 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Khusus untuk pelajar di sekolah, marilah sama-sama kita hindari diri kita dari terjebak ke  kancah najis dadah dan pergaulan seks bebas. 

Pada entry ini, saya sertakan pengakuan seorang Hamba Allah (kisah benar) dan telah mendapat keizinan tuan punya kisah dan tuan punya blog akuhivpositif untuk saya publishkan pengalaman beliau bagaimana akhirnya beliau disahkan pembawa HIV Positif. Kita ikuti pengalaman hidup sebagai satu iktibar dan pengajaran.

PENYESALAN SEORANG PEMBAWA HIV (TRUE STORY)

Catatan pengalaman beliau ini sebagai sempadan dan renungan bersama.
Aku sangat-sangat hargai perkongsian ini dan mengagumi keberanian beliau mengakui kesilapan lampau. Mengakui segala kesilapan dan dosa adalah antara asas kesempurnaan taubat nasuha.

Sama-samalah kita hadiahkan doa kepada beliau semoga sentiasa tabah, istiqamah, dianugerahkan umur dan kesihatan yang berpanjangan, dipelihara segala aib dan maruah serta memperolehi nikmat khusnul khatimah.

Mari baca…


Salam buat Saudara AHP dan semua.
Ribuan maaf dari saya buat saudara AHP kerana lewat untuk kongsikan kisah Bagaimana saya menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF.

Pertama sekali aku kongsikan kisah aku bukan untuk menagih simpati atau berbangga diri. Bukan juga untuk mengaibkan diri dan keluarga serta membuka ruang untuk dicemuh oleh orang lain.

Tapi aku hanya ingin berkongsi kisah suka dan duka menjadi PEMBAWA HIV POSITIF sebagai pedoman dan hidayah buat orang lain supaya tidak dijangkiti HIV.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, elok aku memperkenalkan diri aku. Nama aku Afiq. Berumur 26 tahun dan berasal dari negeri Utara Semenanjung. Keluarga aku tidak pernah mengabaikan pegangan dan didikan agama untukku. Dari kecil aku diasuh menjadi seorang Islam yang sempurna. Dosa dan pahala semuanya diceritakan kepada aku.

Mungkin ini dugaan kerana aku terlalu alpa dan lalai dihanyutkan nikmat duniawi. Mungkin juga ini titik permulaan bagi aku untuk sujud kepada yang MAHA ESA.

Kisah bermula apabila aku melanjutkan pelajaran ke negeri Selatan Semenanjung.  Sebelum ini aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga. Inilah kali pertama aku berasa bebas daripada keluarga. Perasaan seumpama burung baru lepas dari sangkar. Aku bebas untuk melakukan apa saja. Aku bebas keluar pada bila-bila masa.

Di Kolej ini, baruku kenal erti dunia. Dunia yang penuh pancaroba. Dunia yang hipokrit. Dunia yang terlalu asing buatku. Aku mula didekati kaum-kaum nyah, lelaki-lelaki gay dan terutamanya perempuan.

Atas prinsip datang untuk menuntut ilmu, aku berjaya menghindarkan diri daripada perbuatan terlarang. Aku menganggap mereka sebagai kawan-kawan yang sama-sama menuntut ilmu. Aku tidak pernah menyalahkan diri mereka menjadi begitu. Aku terima mereka seadanya. Bagiku, aku tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Kisah bermula pada satu cuti semester. Selalunya cuti semester aku tidak balik ke kampung disebabkan kekangan kewangan. Malam itu aku tidur awal kerana keletihan. Kemudian aku terjaga kerana terasa ada seseorang melakukan sesuatu padaku. Rupa-rupanya aku telah diliwat oleh seniorku. Aku terkejut dan marah bahkan sehingga bertumbuk dengan beliau.

Aku tidak pernah menjangka dia juga beminat terhadap kaum sejenis. Bagiku dia seorang lelaki macho, berbadan tough dan sudah mempunyai awek. Malam itu bermacam-macam perasaan timbul. Takut, sedih, marah dan semuanya ada.

Aku sangkakan selepas kejadian tersebut, dia tidak berani melakukan lagi perbuatan terkutuk itu. Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku diliwatnya sekali lagi. Pada masa itu aku mula rasa satu perasaan yang tidak pernah aku alami. Satu perasaan yang membuatkan aku terangsang dan aku merelakan sahaja dia melakukannya.

Setelah beberapa bulan diliwat, aku mula terasa gian untuk mengulangi perbuatan terkutuk tersebut. Aku mula menyukai kaum sejenisku. Tetapi perasaan aku terhadap perempuan tetap wujud, tidak pernah hilang.

Bermula daripada senior aku itu juga, aku mula belajar pergi ke club-club gay. Dari Selatan tanah air sampailah ke club-club di Kuala Lumpur, semuanya aku telah masuk. Di club gay, aku tidak sangka terlalu ramai lelaki yang meminati kaum sejenis. Kalau dilihat dari mata kasar kita memang tidak menjangka mereka begitu. Terlalu ramai dan tidak boleh dipercayai melalui mata kasar.

Setelah beberapa tahun mengunjungi club, aku mula menjinakkan diri pula dengan najis-najis dadah seperti pil-pil estacy, syabu, ganja dan sebagainya. Semua telah aku rasa dan cuba. Aku mula ketagih untuk mengambil najis-najis dadah tersebut. Habis beribu-ribu duit simpanan aku. Aku mula alpa dengan kemewahan dunia. Inilah akibatnya apabila aku mempunyai sifat ingin mencuba sesuatu yang baru yang merosakkan masa depan aku.

2 tahun kemudian, aku rasa diriku telah jauh terpesong. Aku mula menyesal dan berazam untuk berhenti daripada perkara-perkara tersebut. Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia baru aku itu dan pulang ke negeri asalku. Aku sangkakan aku dapat berhenti daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Rupa-rupanya makin banyak dugaan yang datang...

Aku kembali mengambil najis-najis dadah, malahan aku mula belajar minum arak. Club-club masih ku jejaki. Aku terlanjur dengan perempuan dan juga lelaki. Aku menjadi seorang bisexsual. Kedua-duanya aku sapu.

Untuk melepaskan nafsu aku mula berjinak-jinak dan mencari kenalan di dalam chat MIRC. Dari laman chat MIRC, aku mula berkenalan dan berjumpa dengan sesiapa saja yang menarik minat aku. Bila nafsuku songsang aku mula mencari lelaki tapi bila nafsuku normal aku mula mencari perempuan. Bagi aku, dunia adalah untuk berhibur dan tidak pernah memikiran AKHIRAT.

Tahun 2007, sekali lagi aku menyesali dan tersedar dengan perbuatan burukku.  Kali ini aku nekad untuk berhenti daripada semua perbuatan tersebut. Keterlanjuranku sudah terlalu jauh tersasar. Aku mula meninggalkannya sedikit demi sedikit. Najis-najis dadah dan arak aku cuba hindari.

Tetapi bukan mudah untuk meninggalkannya. Terlalu banyak dugaan  sehingga aku jatuh sakit disebabkan terlalu gian. Berkat pertolongan sahabat baikku, aku berjaya menghindarinya. 5 tahun berlalu, akhirnya aku ‘clean’ daripada perkara-perkara tersebut.



Awal Mac 2011, aku telah dicabar oleh rakanku untuk menderma darah. Buat pengetahuan semua, aku allergic sikit dengan doctor, ubat, darah, hospital dan klinik. Apa-apa saja berkaitan hospital semua aku tidak suka. Sakit pun aku tidak pernah pergi hospital. Rehat di rumah, kemudian semuanya akan baik.

Akhirnya buat pertama kali, aku telah menderma darah. Niatku hanya satu, untuk membantu orang lain yang memerlukan darah.

Awal April 2011, aku menerima sepucuk surat dari pihak Hospital meminta supaya datang segera ke hospital untuk temujanji dengan PAKAR PATOLOGI. Perasaanku mula berasa tidak tenteram. Aku mula bertanya rakan-rakan dan search internet mencari apa itu PAKAR PATOLOGI. Akhirkan aku mendapat tahu pakar patologi adalah pakar dalam mengenal pasti virus-virus di dalam darah.

Aku mengambil keputusan pergi ke hospital. Sekali lagi darah aku diambil dan diuji. Doktor bertanya padaku tentang sexsualityku. Aku mula tertanya-tanya kenapa doktor bertanya soalan sensitif begitu kepadaku.
Akhirnya doctor dengan tenang memberitahu yang aku merupakan PEMBAWA HIV POSITIF. Dengar saja perkataan itu, luluh, hancur dan pedih hatiku. Perasaanku bercampur aduk antara sedih, menyesal, pilu dan blur…  semuanya ada sehingga aku tidak sedar aku menangis di hadapan doctor.

Aku tidak menjangka aku akan menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF. Bagaimana kehidupan aku? Bagaimana keluarga aku? Adakah saat kematian aku sudah datang? Bermacam-macam andaian aku buat. Aku tidak tenteram.

Aku mula menyalahkan diri aku. Aku menyesal apa yang aku telah buat dan lakukan. Aku mula hilang semangat dan berasa ingin lari dari dunia ini. Rasa dunia ini semakin gelap. Adakah orang akan menerima aku? Adakah ini balasan untuk aku? Arghhhhhhh... otak aku buntu memikirkannya.

Aku mula search internet mencari maklumat berkaitan HIV. Akhirnya aku terjumpa blog saudara AHP. Aku mula membaca maklumat dari mula hingga akhir. Aku mula mendapat kekuatan, keyakinan dan semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan. Aku tidak boleh mengaku kalah. Masih banyak benda yang aku belum lakukan dan belum sempat aku membalas jasa keluargaku.

Sekarang, kes aku telah dirujuk ke HOSPITAL SUNGAI BULOH. Setiap bulan aku akan berada di sana untuk check status dan tahap kesihatanku sebagai PEMBAWA HIV POSITIF. Bacaan cd4 pertama aku adalah 515 sel. Aku harap bacaan cd4 aku tidak turun dengan cepat.

Sekarang, aku telah meninggalkan semua perkara-perkara terkutuk dan terlarang itu. Sembahyang tidak pernah aku tinggalkan. Dulu aku tidak pernah sembahyang. Mungkin ini ingatan ALLAH supaya aku berubah dan bertawakal kepada-Nya.  

Ya Allah, kalau ini dugaanmu aku terima dengan hati yang tenang dan tabah. Sekarang aku tidak akan sesekali melakukan perbuatan larangan-Mu. Aku mesti mendekatkan diri kepada-Mu.

Terima kasih buat sahabat karibku yang banyak membantu dan menerima aku seadanya. Aku bertuah kerana sahabat karibku dpt menerima aku dan menjaga makan minum dan kesihatan aku. Mereka merupakan orang kuatku untuk aku teruskan kehidupan ini. Semoga ALLAH tempatkan mereka bersama golongan orang-orang beriman.

Sekarang, aku menerima dugaan ini dengan hati yang tabah dan tenang. Aku mula mendapat semangat baru untuk meneruskan kehidupan ini dan aku berharap orang-orang di luar sana tidak terjerumus dan tidak menjadi seorang PEMBAWA HIV POSITIF. Semuanya bermula dari anda.

Buat Saudara AHP. Terima kasih tidak terhingga kerana membuat blog ini untuk berkongsi maklumat dengan semua. Sebahagian semangatku datang daripada blog ini.

Setiap hari aku akan membaca Blog Saudara AHP. Semoga Saudara AHP sihat sentiasa dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Aku akan sentiasa menyokong Saudara AHP.

Wassalam

Daripada,

AkuMENYESAL
12.00 am

 

 

Madah Indah Untuk Motivasi

Madah Indah Untuk Motivasi


Yang membuat kita KUAT adalah DOA..
Yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH..
Yang membuat kita MAJU adalah USAHA KERAS..
Yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA..
Yang membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN dan IMPIAN
Yang membuat kita menjadi yg TERBAIK adalah mengakrabkan diri dgn keheningan JIWA dan memperbanyak SUJUD

Peluang Kedua Lepasan SPM, STPM masuk IPTA

Peluang Kedua Lepasan SPM, STPM masuk IPTA


Utusan Malaysia, MELAKA 16 Mei - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berpeluang melanjutkan pelajaran melalui saluran khas yang disediakan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM menganjurkan Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia akan memberi peluang kepada pelajar memohon masuk melalui saluran khas yang disediakan pada 24 Mei ini. 

Ketua Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, program itu menjelajah di Parlimen Masjid Tanah, Jasin dan Bukit Katil bermula pukul 8 pagi.

Menurutnya, di setiap lokasi, konvoi tersebut memberi penerangan kepada lepasan SPM dan STPM mengenai peluang mereka melanjutkan pelajaran melalui program khas Pra-Diploma iaitu Pra-Perdagangan dan Pra-Sains.

Bagi Lepasan SPM di Pahang, anda  Boleh memohon di UiTM Pahang

Sila rujuk entry Dunia Cikgu Kaunseling sebelum ini, Lepasan SPM Pra Diploma UiTM Program Mengubah klik di sini
http://www.cikgukaunseling.com/2012_03_01_archive.html#3482498069554765075

Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan untuk memohon kemasukan MDAB.


  
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh didapati sendiri di:- 

Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang, Malaysia
Telefon: 09-4602196/2190/2197/2198/2106
Faks: 09-4602208

Al Fatihah Bloggers Cikgu Abdul Razak Hassan Meninggal Dunia

Al Fatihah Bloggers Cikgu Abdul Razak Hassan Meninggal Dunia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya, penulis blog cikgukaunseling.com. ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Abdul Razak Hassan.
 
Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.00 malam (12 MEI 2012).
 
Kepada seluruh muslimin dan muslimat, marilah kita menghadiahkan Al Fatihah ke atas roh allahyarham.
 
Allahyarham adalah rakan penulis blog Bahasa Melayu (http : //galusbm.blogspot.com/) yang sangat suka berkongsi ilmu dan tip berkaitan Peperiksaan bahasa Meleyu SPM. 
 
Petikan profil allahyarham Cikgu Abd Razak Bin Hassan, SMK Taman Pelangi, Jalan Ungu, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru
 
 Semoga rohnya dicucurkan rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin - Al Fatihah.

Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia

Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia



Tema Hari Guru Tahun 2012, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga Guru.
Semoga kerjaya Kita diberkati ~


Sajak Guru Oh Guru



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979








Sejarah Hari Guru di Malaysia

Sejarah Hari Guru



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari Guru Malaysia

Logo Hari Guru Malaysia

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Kalender Akademik Matrikulasi KPM 2012/2013

KALENDAR AKADEMIK, SESI 2012/2013
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN & PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN
(BAGI NEGERI-NEGERI SELAIN NEGERI KEDAH)
1. Kalendar Akademik Sesi 2012/2013 (Muat Turun)






2. Jadual Balik Bermalam Bagi Semester 1 Sesi 2012/2013 dari bulan Jun hingga Oktober (Muat Turun)


Bulan Tarikh


i. Jun 16.06.2012 - 17.06.2012


ii. Julai 21.07.2012 - 22.07.2012


iii. Ogos 11.08.2012 - 26.08.2012


iv. September 15.09.2012 - 17.09.2012


v. Oktober 24.10.2012 - 28.10.2012







3. Cuti Berganti Sempena Hari Raya Puasa


Tarikh Hari Cuti Tarikh Hari Berganti Jadual Kuliah PST/PDT

i. 22 Ogos 2012 (Rabu) 9 Jun 2012 (Sabtu) Hari Rabu Semua

ii. 23 Ogos 2012 (Khamis) 23 Jun 2012 (Sabtu) Hari Khamis Semua

iii. 24 Ogos 2012 (Jumaat) 7 Julai 2012 (Sabtu) Hari Jumaat Semua






4. Cuti Berganti Sempena Hari Raya Haji


Tarikh Hari Cuti Tarikh Hari Berganti Jadual Kuliah PST/PDT

i. 25 Okt. 2012 (Khamis) 6 Okt. 2012 (Sabtu) Hari Khamis Semua







* Tertakluk Kepada Perubahan

Yuran Pendaftran Program Matrikulasi KPM


Yuran Pendaftaran Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013


Jurusan Program Satu Tahun Program Dua Tahun
Sains RM 550.00 RM 550.00 (tahun pertama)
RM 290.00 (tahun kedua)
Perakaunan RM 480.00
Teknikal RM 550.00

Yuran pendaftaran Program Matrikulasi bagi Kolej Mara Kuala Nerang
dan Kolej Mara Kulim adalah RM 500.00
abcs