Welcome to My

Blog

Sunday, July 25, 2010

Geran Bantuan Pelajar ke IPT Yayasan Pahang

Geran Bantuan Pelajar ke IPT  Yayasan Pahang

Kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010 ini, usahlah merasa bimbang tentang masalah kewangan. Sebagai Anak Pahang, pasti anda berpeluang memohon Geran bantuan Pelajar ke IPT. 

Di sini saya sertakan artikel tentang geran  ini untuk rujukan bersama.


PENGENALAN
 
Skim ini mula diperkenalkan pada tahun 1999. Skim ini dikhaskan kepada pelajar - pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang dikenalpasti oleh YP dan diiktiraf oleh Kerajaan. 

Pelajar akan diberi bantuan RM500 sebagai persediaan awal ke IPT sebagai penghargaan kerajaan negeri kerana menambah jumlah anak Pahang di menara gading.

KRITERIA

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai ;

i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau

ii. sekiranya Pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang , maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP.

iii. Mestilah 2 orang daripada ibu atau bapa dan pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia.

2. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM 2009.

3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 2 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi buat kali pertama dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S.

4. Borang permohonan boleh dimuat dari laman web ini atau boleh didapati di pejabat YB ADUN, pejabat penghulu atau kaunter perkhidmatan di Kompleks Yayasan Pahang.

5. Bayaran secara tunai akan hanya dibuat sekiranya pelajar datang sendiri ke YP dengan membawa bersama-sama dokumen berikut (salinan hendaklah disahkan benar)  :-
  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Surat tawaran asal dari IPTA/S dan salinan yang disahkan
  • Kad pengenalan asal dan salinan yang disahkan
  • Salinan kad pengenalan ibubapa
  • Surat pengesahan bermastautin (sekiranya berkaitan)
  • Sijil SPM/STPM asal dan salinan yang disahkan
  • Resit bayaran /yuran pendaftaran bagi pelajar-pelajar Kolej Swasta
    Sekiranya tiada resit bayaran pendaftaran, pelajar dikehendaki mengemukakan surat akuan telah mendaftar dari pihak IPTS tersebut.
6. Bantuan dikhususkan kepada pelajar yang baru memulakan pengajian buat kali pertama di peringkat Pra-Diploma, Diploma, Asasi atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S berikut:-

a) 20 IPTA :
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - dulu KUKTEM
  6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - dulu KUSTEM
  15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - dulu KUiTTHO
  16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - dulu KUTKM
  17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - dulu KUKUM
  18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) - dulu KUSZA
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - dulu ATMA
b) 8 IPTS :
  1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  2. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  3. Universiti Multimedia (MMU)
  4. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  5. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
  6. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  8. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
c) Program Pra-Diploma UiTM

d) Program Sijil Kemahiran dan diploma di Kolej Antarabangsa IKIP.

e) Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

f) Sijil/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

g) Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan di iktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma francais/usahasama/kawal selia/berkembar dengan Universiti-universiti Awam tempatan sahaja. Resit bayaran /yuran pendaftaran perlu disertakan.

h) Kolej-kolej dibawah Kerajaan /Yayasan Negeri bagi peringkat Diploma dan Ijazah di seluruh Malaysia menepati syarat kriteria No. 6 (g).

i) PSDC dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) bagi peringkat Diploma sahaja.

j) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia/ Matrikulasi Kolej Swasta yang diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia.

k) Program persediaan ke luar negara tajaan kerajaan (JPA/MARA/FELDA/PETRONAS, dsb) seperti program South Australian Matriculation dan A-Level.

l) Kes permohonan Skim Pelajar Cemerlang IPTA/S dengan menggunakan slip percubaan SPM, hendaklah dirujuk kepada Pengurusan Yayasan Pahang dan Keputusan adalah muktamad.

m) Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

n) Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja. Resit bayaran /yuran pendaftaran perlu disertakan.

7. Kelulusan permohonan akan dibuat oleh Pengurusan YP. Keputusan pegawai yang bertugas adalah muktamad dan tiada kes-kes rayuan bagi permohonan ini.

8. Pengesahan borang(di ruangan E) dari Wakil Rakyat atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP atau Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu hendaklah diperolehi.

9. Program separuh masa, Pra-diploma IPTS, lepasan Matrikulasi KPM, lepasan diploma dan lepasan ijazah tidak layak memohon geran ini.

10. Senarai yang tidak layak memohon Geran Bantuan Pelajar ke IPT Yayasan Pahang:-

i) Semua institut perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia atau program berkembar,
ii) Diploma Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia,
iii) Semua institusi pengajian di bawah Jabatan Tenaga Rakyat (ILP, ADTEC, JMTI, CIAST dan sebagainya),
iv) Akademi Laut Malaysia (ALAM),
v) Institut Kemahiran Belia (IKBN & IKTBN dan sebagainya),
vi) Pusat Kemahiran MARA (IKM, Giat MARA dan sebagainya),
vii) Kolej Professional MARA


0 comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .