Welcome to My

Blog

Sunday, July 25, 2010

Program Yayasan Felda


Program Yayasan Felda

Fokus kegiatan Yayasan ialah dalam bidang Pendidikan dan Kesihatan. Bidang lain ialah Penyelidikan, Kebajikan, Kebudayaan dan Warisan Negara.

PENDIDIKAN

Biasiswa, Geran Pelajaran dan Dermasiswa
  1. Menawarkan biasiswa, geran pelajaran dan dermasiswa kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam negeri sahaja.
  2. Biasiswa diberi kepada pelajar yang mengikuti  Ijazah Pertama sahaja.
  3. Geran pelajaran dan dermasiswa diberi kepada pelajar Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan.
  4. Pelajar yang tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana penaja sahaja layak  memohon. 
  5. Pelajar yang permohonannya tidak diluluskan oleh mana-mana agensi Kerajaan kerana masalah tidak membuat pembayaran balik pinjaman sendiri atau keluarga tidak akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan terbuka sepanjang tahun dan borang permohonan boleh diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPTA.
KURSUS DAN LATIHAN KEMAHIRAN
 
Mengendali dan melaksanakan kursus akademik dan latihan kemahiran di Institut Teknologi Utama (ITU), Kolej Integrasi Ilmu (KINI) dan Pusat-Pusat Latihan. Kursus yang ditawarkan dan tempat latihan ialah seperti berikut :-

Kursus Intensif Bahasa Inggeris
 
Kursus Intensif Bahasa Inggeris dilaksanakan di Felda English Language Centre, Institut Teknologi Utama (ITU), Kelana Jaya dan Segamat. Pelajar hanya dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100.00. Kursus dijalankan selama 8 minggu hingga 12 minggu. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.  Borang Permohonan boleh diperolehi daripada pejabat Yayasan Felda.

Kursus Penjagaan Kesihatan
 
Kursus Penjagaan Kesihatan dilaksanakan di Institut Teknologi Utama (ITU), Kelana Jaya. Pelajar hanya dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100.00. Kursus dijalankan selama 12 minggu. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.  Borang Permohonan boleh diperolehi daripada pejabat Yayasan Felda.

Kursus Usahawan
 
Kursus Usahawan dilaksanakan di Kolej Integrasi Ilmu (KINI) Kerteh, Terengganu. Kursus ini dijalankan selama 4 minggu. Permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, usahawan atau bakal usahawan yang ingin mendalami bidang tersebut, pelajar lepasan kursus dan latihan kemahiran.


LATIHAN KEMAHIRAN
 
i) Latihan  kemahiran yang dijalankan menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Jabatan Kemahiran Malaysia. Kursus-kursus ini diadakan di  Kolej Integrasi Ilmu (KINI) dan Pusat Latihan Trolak. 

Pelajar hanya dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100 hingga RM150. Pelajar mestilah telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.  Borang Permohonan boleh diperolehi daripada pejabat Yayasan Felda.
 
TEMPAT LATIHAN
LATIHAN DITAWARKAN
KINI Mempaga, Pahang
  1. Pembantu Kaunter Hadapan
  2. Kerani Tempahan Tiket
  3. Atendan Bilik
  • Katering
  • Pembuat Bakeri
  • Pembuat Pastri
  • Pramusaji
KINI Trolak, Perak
  1. Juruteknik Sistem Komputer
  2. Desktop Publishing
  3. Pereka Grafik
  4. Multimedia
KINI Raja Alias, Negeri Sembilan Darul Khusus
  1. Pembuat pakaian lelaki dan wanita
  2. Pendandan Rambut
KINI Kerteh, Terengganu
  1. Kursus Usahawan
  2. Kursus Intensif Bahasa Inggeris
  3. Penjagaan Kesihatan
Pusat Latihan Trolak, Perak
  1. Juruteknik Kenderaan Motor
  2. Juruteknik Penyembur Cat Automatif
  3. Juruteknik Motosikal
  4. Juruteknik Elektrik

PROJEK ASRAMA DAN RUMAH ANGKAT
i) Mengambil rumah angkat anak yatim. Rumah yang dipilih akan diberi bantuan kewangan dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

KESIHATAN
i) Membantu mereka yang tidak berkemampuan termasuk warga emas melebihi 60 tahun mendapatkan rawatan perubatan.


ii) Sebuah pusat hemodialisis bertempat di Anjung Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1999 bagi memberi rawatan kepada pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan. Pesakit  dikenakan kos nominal bagi rawatan ini.

iii) Menderma mesin dialysis kepada Pusat Hemodialisis Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang beroperasi secara amal. Kriteria penting ialah bilangan pesakit menunggu mendapatkan rawatan. 

Menderma alat bantuan sokongan Kesihatan melalui pembelian alat pendengaran, cermin mata, kaki palsu, kerusi roda serta peralatan implant kepada yang memerlukan tetapi tidak mampu membelinya sendiri.
 
PENYELIDIKAN
i) Membiayai projek penyelidikan bagi bidang-bidang tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.

KEBUDAYAAN DAN WARISAN
i) Menaja projek memulihara, mencantik dan menyelenggara tempat-tempat menarik dari segi sejarah, kebudayaan dan alam sekitar dengan memberi tumpuan kepada projek "eco-tourism".

ii) Membiayai projek-projek pemeliharaan alam sekitar.

iii) Menghulur bantuan kewangan kepada mereka yang memerlui, bertujuan meringankan beban dan membantu membasmi kemiskinan.

SUMBANGAN AM
i) Melaksanakan projek-projek lain selaras dengan keperluan semasa.
ii)Yayasan juga akan bekerjasama dan menjalinkan hubungan serta memberi sokongan kepada badan kebajikan dan yayasan-yayasan lain bagi menjayakan program-program selaras dengan tujuan penubuhannya.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-

PENGURUS BESAR
YAYASAN FELDA
TINGKAT 1, BLOK A, ANJUNG FELDA
JALAN MAKTAB,
54000 KUALA LUMPUR
NO. TEL : 603-2693 4224 / 603-2692 5389/603-7152
NO. FAX: 603-2693 1244
E-MAIL: yayasan@felda.net.my

0 comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .