Welcome to My

Blog

Friday, January 21, 2011

i-MAS-C-U Aplikasi

Sistem Semakan Kelayakan Akademik i-MAS-C-U



Jom Semak Kelayakan ke IPTA Melalui i-MAS-C-U

http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/

Susulan entry dunia Cikgu Kaunseling sebelum ini, Permohonan ke IPTA Lepasan SPM/ SETARAF Sesi 2011/2012, Fasa 2, klik sini, adalah diharapkan para pelajar telah memahami cara-cara memohon melalui online ini.

Sesiapa yang masih belum melaksanakan permohonan Fasa 2 atau membeli nombor pin dari BSN, para pelajar  boleh la cepat-cepat berbuat demikian ya.

Sebagai rujukan, untuk membolehkan para pelajar melaksanakan permohonan ke IPTA Fasa 2, sila ke laman web ini,
https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html


Jika nak beli PIN UPU, sila ke Bank Simpanan Nasional, MyBSN Pin Purchase, klik sini.

Ok, bila dah ada  No Unik ID yang hanya boleh didapati dari BSN, cuba para pelajar menggunakan aplikasi i-MAS-C-U ini, websitenya; http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak%20Syarat

Bagi Dunia Cikgu Kaunseling, i-MAS-C-U ini, (wah namanya pun sudah menarik, kan), ia sangat membantu para pelajar membuat pemilihan pengajian yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang telah pelajar ambil semasa SPM 2010 dahulu.

Oh ya, apa yang menariknya aplikasi ini bukan setakat pemohon lepasan SPM yang boleh membuat semakan. Bahkan juga kepada pemohon lepasan STPM dan Matrikulasi boleh menyemak kelayakan akademik masing-masing sebelum memilih kursus yang sesuai dengan keputusan SPM dan STPM atau MUET masing-masing.

Pada pandangan Dunia Cikgu Kaunseling, dalam sistem I-MAS-C-U ini, apa yang menarik ialah pemohon boleh juga mengetahui kerjaya yang sesuai dengan minat dan keputusan peperiksaan SPM masing-masing.


Melalui sistem apliaksi ini, pelajar boleh menyemak kelayakan kursus yang sesuai mengikut IPTA yang diminati.  Sebagai contoh, pemohon boleh memasukkan keputusan SPM, kemudian memilih IPTA yang mereka ingin pergi. Samada UTM, UKM, USIM, UiTM, UIA, UM dan sebagainya.

Gambar di atas menunjukkan paparan website tersebut

Sekiranya anda merupakan seorang lepasan SPM 2010 atau tahun-tahun sebelumnya, apa yang perlu anda lakukan ialah layari laman web sistem I-MAS-C-U di alamat http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak%20Syarat dan apabila gambar seperti diatas telah dipaparkan di skrin komputer anda, halaman tersebut akan memaparkan borang yang perlu pelajar isikan.

Mengisi Borang

Baiklah pelajar. Sekarang halaman anda perlu isikan halaman tersebut  dengan maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Negeri. Anda digalakkan untuk mengisi maklumat yang tepat kerana maklumat ini akan dicetak pada dokumen kelayakan akademik anda.


Seterusnya, akan ada 3 butang pilihan, iaitu SPM, STPM dan Matrikulasi KPM.

Jika anda seorang calon lepasan SPM, pilihlah SPM, tapi jika anda seorang calon lepasan Matrikulasi, sila pilih Matrikulasi KPM.

Baiklah, sekiranya anda telah memilih SPM, paparan seperti dalam rajah dibawah akan dipaparkan dan apa yang perlu lakukan kini adalah memasukkan keputusan SPM anda.



Kemudian, selepas anda memasukkan 10 keputusan peperiksaan anda, klik pada Seterusnya untuk membolehkan anda memilih IPTA.

Klik pada seterusnya untuk memilih IPTA dan membuat semakan akademik.


Sebaik sahaja butang Seterusnya diklik, komputer anda akan memuat turun dokumen fail PDF. Sila pastikan komputer anda mempunyai perisian pembaca PDF. Anda boleh memuat turun Adobe Reader atau Foxit Reader untuk membuka dokumen tersebut.

Baiklah, itu sahaja untuk pemohon kategori SPM. Untuk kategori STPM dan STPM pula, proses mengisi maklumat adalah hampir sama, cuma untuk STPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran STPM dan Keputusan STPM dan SPM. 

Manakala untuk Matrikulasi KPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran Matrikulasi, PNGK (CGPA) dan keputusan Matrikulasi dan SPM. 

Kepada para pelajar SMK Jengka Pusat 2, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang jika ada terdapat persoalan, boleh hubungi Cikgu di sekolah ya.
Sekian dahulu entry pada kali ini.

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Cikgu Ma

terima kasih info

nanti suruh anak saya semak permohonannya

Wassalam

Ain Syuhada said...

assalamualaikum.. knpa page ni msih tak boleh di buka?

Ain Syuhada said...

assalaimualaikum.. knpe page ni msh tak blh dibuka ye?

muhammad azhari said...

assalamualaikum,nk tnye...knape x ada pun button untk plajar matrikulasi buat i mas c u??

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .