Welcome to My

Blog

Monday, March 28, 2011

Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia

Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia

Perubahan Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai tahun 2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry ini sebagai kemudahan Dunia GBK membuat rujukan.

Gred SPM mulai tahun 2009 yang lalu telah mengalami sedikit perubahan. Tidak ada lagi gred seperti 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C ,7D, 8E dan 9G.  TETAPI mengikut gred seperti di Institusi Pengajian Tinggi. Perhatikan jadual di bawah. Mulai  SPM 2009, grednya dipaparkan seperti di bawah:





klik imej untuk paparan lebih jelas, atau rajah di bawah.

Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:

Gred
Sedia Ada
Gred Baru
A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G


Setiap gred subjek akan mempunyai nilai gred puratanya (GP) sendiri seperti di jadual di atas. Gred tertinggi mempunyai nilai gred purata yang rendah seperti gred A+ mempunyai nilai GP 0. 
Tak terfikir kita nilai 0 itu nilai yang tertinggi (bukannya nilai terendah yer).


Begitulah hebatkan pemikiran manusia. Kalau dulu kita dapat marakh 0, alamatlah .......... namun  kini 0 mempunyai nilai yang tertinggi dalam Nilai Gred Purata Subjek. Sementara gred G (gagal) mempunyi nilai 9. Lagi tinggi nilai GP, lagi rendah nilainya. Kena ingat tuh.


Ini bermakna kalau anak tuan puan mempunyai Nilai Gred Purata Pelajar  (GPP) 0.00 bermakna anak anda mendapat gred A+ dalam semua subjek yang di ambilnya. Hebat bukan?


Macam mana hendak mengira GPP? Jadual di bawah adalah contoh pengiraan GPP bagi seorang calon SPM 2009 (calon A).




Calon A di atas mempunyai nilai GPP bernilai 1.55 bermakna calon A adalah pelajar yang cemerlang. Nilai GPP 1.55 diperolehi dengan mencamporkan semua nilai GP calon A dan kemudian dibahagikan dengan 9  subjek dalam peperiksaan SPM. (Nilai GP semua subjek calon A ialah 14 dan kemudian di bahagikan dengan 9 subjek tersebut).

Untuk info di atas, terima kasih kepada follower Blog Dunia Cikgu Kaunseling, iaitu Tn Hj Ayah Zain, klik sini. 

Info Tambahan:
Perubahan Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai tahun 2009, (Surat Pekeliling Ikhtusas), klik sini. 

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) PADA TAHUN 2009, Sila klik sini http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=400

Sekian terima kasih

0 comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .