Welcome to My

Blog

Thursday, July 14, 2011

Kerjaya Arkitek

Kerjaya Arkitek

 Bangunan Bekas Masjid  pada zaman Kegemilangan Tamadun Islam di Andalusia. 
Masjid Alhmbra, Andalusia, Sepanyol.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kepada para pelajar, terutamanya yang sedang berada di tingkatan 1 dan 2, perlulah mempunyai matlamat dan cita-cita hidup yang jelas.Jika cita-cita anda itu sangat tinggi seperti ingin menjadi seorang doktor, sedangkan anda sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, anda perlu bertindak lebih proakrif bagi memastikan cita-cita anda tidak hanya tinggal angan-angan.

Ingat ya para pelajar, walaupun anda sekarang ebrada di tingkatan 1 dan 2, anda  mestilah sudah mempunyai cita-cita kerjaya impian anda. Ini adalah kerana, Peperiksaan PMR yang bakal pelajar duduki semasa di Tingkatan 3 sangat penting dalam menentukan hala tuju kerjaya anda selepas alam persekolahan nanti.

Selain kesungguhan, minat mendalam, sebagai pelajar yang  bercita-cita tinggi juga, anda perlu mempunyai kebolehan IQ dan EQ dalam mengusai sesuatu bidang. Untuk mengetahui lebih jelas hala tuju selepas PMR, anda boleh berjumpa dan bersemuka dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda di sekolah.

Perbincangan kerjaya kali ini ialah tentang kerjaya arkitek. Saya amat yakin setiap orang pasti mengimpikan cita-cita yang sangat tinggi dalam diri mereka. Cita-cita itulah sebagai satu lonjakan motivasi dalaman individu itu untuk meraih kejayaan cemerlang.

Pastinya, salah satu kerjaya impian pelajar  ialah  arkitek.

Adakah anda tahu apakah itu arkitek? Apabila anda melihat bangunan di sekeliling anda, termasuk sekolah anda sendiri, seperti SMK Jengka Pusat 2, adakah anda pernah terfikir, siapakah yang merekacipta bangunan itu?


Secara amnya, arkitek melibatkan kerjaya senibina. Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains. Ianya terdapat dalam senibina bangunan, bentuk bangunan, serta susunan kawasan Bandar dan luar Bandar.

 Masjid di Kuantan

Jadi, kepada para pelajar yang sedang berada di Tingkatan 5 tahun ini yang bakal menghadapi peperiksaan SPM pada  November 2011 nanti, usahlah lepaskan peluang memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik di sini, Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013, http://www.cikgukaunseling.com/2011_07_01_archive.html#2276588931574550436


Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program Matrikulasi Sains selama Program Satu Tahun atau Program Dua Tahun, sebelum pelajar ditawarkan untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di USM, UM, UIAM, UPM dan UKM. Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian Bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran lain.

Kepada lepasan sekolah, lepasan SPM yang berminat menjadi arkitek, bolehlah memohon program Diploma Seni Bina UiTM, Permohonan Ke Program UiTM Sesi 2, 2011, http://www.cikgukaunseling.com/2011_07_01_archive.html#4990620140536115736

Untuk program di UiTM, Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Lukisan atau Lukisan Geometri dan bangunan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke UiTM di peringkat diploma dan seterusnya ke peringkat sarjana muda.

Peluang Kerjaya Arkitek

Seorang siswazah arkitek biasanya akan bekerja dengan firma-firma arkitek/jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. Kebelakangan ini akibat kepesatan pembangunan khususnya di bandar-bandar besar dan kemunculan bandar-bandar baru ramai arkitek yang berkhidmat dengan pihak pemaju, kontraktor, pembekal bahan binaan serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri bangunan. Manakala bagi mereka yang berpengalaman boleh membuka firma sendiri.


Disektor kerajaan, kerjaya ini mampu menawarkan gaji sekitar RM2,000 serta beberapa imbuhan lain, manakala sektor swasta mampu menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada seorang arkitek.


Sementara itu, pemegang Diploma Seni Bina boleh memegang jawatan pembantu teknik di jabatan kerajaan/badan-badan berkanun dan sebagai pembantu arkitek di firma-firma swasta.

Tugas-tugas Seorang Arkitek 

READMORE...



Seorang arkitek itu akan dilatih secara khusus untuk menimba pengetahuan dalam unsur-unsur seni dan mengintegrasikannya dengan unsur-unsur sains. Melalui integrasi ini seorang arkitek itu bukan sahaja dapat memenuhi keperluan manusia untuk mendapatkan tempat perlindungan, bahkan dapat juga mencipta tamadun kemanusiaan yang akan kekal untuk dinikmati, dinilai dan menjadi warisan generasi akan datang. 

Selain itu, tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat undang-undang dan akta perancangan setempat. Seorang arkitek perlu memainkan peranan dan juga bertanggungjawab dalam menyelaras pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari awal hingga ke akhir.

Tugas seorang arkitek bermula apabila beliau diminta menasihati atau menjadi tempat merujuk mengenai proses pembinaan sebuah bangunan yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:


Peringkat Satu: Mereka Bentuk Bangunan


Menganalisis keperluan pelanggan dan lokasi yang dicadangkan sebelum menyediakan lukisan-lukisan lakaran berdasarkan konsep reka bentuk bangunan yang sesuai.


Peringkat Kedua: Merancang/pengeluaran


Menyediakan pelan-pelan terperinci untuk kelulusan pihak-pihak berkuasa tertentu dan seterusnya membuat lukisan-lukisan kerja untuk memudahkan pembinaan. pemilihan kontraktor untuk melaksanakan pembinaan boleh dibuat melalui tender atau secara rundingan.


Peringkat Ketiga: Mengurus Projek


Mengawasi dan menyelia kerja semasa pembinaan. arkitek akan bertindak sebagai ketua kumpulan dan menyelaras tugas pakar-pakar yang terlibat dan kontraktor-kontraktor. Di samping itu, seorang arkitek merupakan orang tengah dalam perkara-perkara yang melibatkan empunya bangunan dengan kontraktor seperti spesifikasi, mutu kerja, sijil pembayaran dan perkara lain yang berkaitan.
Secara tradisionalnya peranan seorang arkitek adalah sepertimana peranan yang dipertanggungjawabkan kepada semua profesional yang lain. Justeru itu, peranan seorang arkitek profesional adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya untuk merealisasikan bangunan idaman mereka.

TANGGUNGJAWAB ARKITEK PROFESIONAL

     Terdapat beberapa aspek yang perlu dimiliki dan dipertanggungjawabkan oleh masyarakat terhadap seorang arkitek profesional iaitu:

• Aspek tanggungjawab
• Aspek imej
• Aspek kredibiliti dan kemampuan

Berikut merupakan sedikit sebanyak tugas-tugas yang dilakukan oleh seorang arkitek:

• Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan;
• Menyedia pelan atur dan menentukan ciri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan;
• Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik;
• Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT;
• Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan;
• Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya;
    

Manakala imej seseorang arkitek juga sangat memainkan peranan penting dan bergantung kepada perlakuan dan profesionalnya yang ditentukan oleh:
 
• Kecekapan
• Kejujuran
• Tanggungjawab  

CARA HENDAK MENJADI ARKITEK

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN


(i) Mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion arkitek

(ii) Mempunyai pengetahuan dalam bidang matematik dan lukisan

(iii) Memiliki daya imaginasi yang tinggi

(iv) Memiliki kreativiti

(v) Mampu menyiapkan tugas mengikut masa yang ditetapkan

(vi) Mahir menggunakan komputer

(vii) Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat.

 SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Sekiranya Pelajar berminat dengan bidang kerjaya arkitek ini, pelajar mesti lulus Sarjana Muda Seni Bina dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf. 

Selain itu, pelajar juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek bertauliah.    

Terdapat beberapa IPT awam tempatan  yang menawarkan kursus ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Salah satu universiti swasta yang menawarkan kursus ini diperingkat sarjana muda ialah Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM). 

Walaubagaimanapun, kursus ini juga boleh diikuti di beberapa universiti luar negara seperti di Australia, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. 

Semasa pengajian pelajar akan diajar tentang seni bina, kejuruteraan bangunan, perancangan, ekonomi bangunan dan pengurusan serta teknologi seni reka. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan latihan di bidang teknikal, pengurusan, pentadbiran pembangunan yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar menerapkan pengetahuan yang lebih luas. Mereka juga akan menjalani latihan praktikal di pejabat atau firma arkitek bagi menimba ilmu.

SYARAT-SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini. Di sini, diterangkan tentang 8 cara untuk melanjutkan pengajian di biadang arkitek:

Cara pertama: Untuk melanjutkan pengajian di bawah program tahun asas seni bina di UTM, pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan Matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.

Cara kedua: Kementerian Pelajaran menawarkan program matrikulasi sains selama satu tahun sebelum pelajar ditawarkan untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di USM, UM, UIAM, UPM dan UKM. Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian Bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran lain.

Cara ketiga: USM juga mengambil calon-calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) selama tiga tahun sebelum meneruskan pengajian selama setahun bagi program Sarjana Muda Seni Bina. Cara ini memerlukan calon lulus SPM dan kepujian Bahasa Melayu. Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya dalam mata pelajaran Matematik, Fizik, Ekonomi dan Geografi.


Cara Keempat: USM dan UTM juga membuka peluang kepada lulusan sijil/diploma dari UPM, UTM, UiTM dan politeknik di bidang seni bina, perancangan, ukur bahan penilaian atau bangunan untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda.

Cara kelima: Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan UIAM, calon perlu lulus SPM dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahasa Melayu.
Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.

Cara keenam: Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Lukisan atau Lukisan Geometri dan bangunan untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke UiTM di peringkat diploma dan seterusnya ke peringkat sarjana muda.

Cara ketujuh: Untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah di UiTM, calon perlu lulus sekurang-kurangnya dua prinsipal termasuk Pengajian Am dan dua subsidiari termasuk Lukisan di peringkat SPM. Selain itu, harus lulus Bahasa Melayu dan Inggeris dan kepujian Matematik di peringkat SPM/SPMV. Syarat tambahan: Calon hendaklah lulus ujian melukis yang dikendalikan oleh pihak fakulti.

Cara kelapan: Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian seni bina ini diluar negara, calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV dengan mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan / Pendidikan Seni. Program diluar negara mengambil masa selama lima atau enam tahun bergantung kepada institusi yang menawarkannya. Para pelajar boleh memohon untuk mengikuti pengajian ini di bawah program ijazah luar negara tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

17 comments:

Anonymous said...

Salam..nak jadi arkitek mesti ambil seni bina?saya tidak tahu sangat melukis tapi minat tu ada..jadi macam mana patutkah saya memilih arkitek sebagai kerjaya saya?

Cikgu Kaunseling Ma said...

wsalam tanpa nama
pd pdgn saya, kerjaya arkitek mestilah ambil course seni bina. Minat yanga da boleh membantu kemahiran melukis. minat dan eksungguhan akan membuatkan seseorang mencintai krjayanya walaupun pada awalnya tidak tahu sgt ttg kerjaya yg diceburi

Anonymous said...

salam ...
saya plajar lepasan STPM 2012....adakah saya boleh melanjutkan pengajian untuk ijazah sarjana muda seni bina???utk pengetahuan saya mengambil jurusan kmanusiaan smsa STPM 2012...selain itu kputusan SPM saya pd thun 2011 adlah:-
BM A+
BI C+
SEJ B+
AGAMA ISLAM A-
REKA CIPTA A
MATEMATIK A-
KIMIA E
FIZIK D
A.MATH D
adakah saya layak???mohon pnjelasan
terima kasih

Anonymous said...

salam sejahtera . kalau jadi arkitek menggunakan matapelajaran reka cipta , blehkah ?

Cikgu Ma said...

Anonymous Anonymous said...

salam sejahtera . kalau jadi arkitek menggunakan matapelajaran reka cipta , blehkah ?

May 10, 2013 at 10:46 PM
Delete

Ia bergantung kepada syarat kemasukan ke IPTA/ IPTS berkaitan. sila rujuk terus IPT berkaitan

Tuan Azwida said...
This comment has been removed by the author.
Tuan Azwida said...
This comment has been removed by the author.
Tuan Azwida said...

Boleh x kalau saya tukar Course semasa berada di uitm nnti. Dari rekabentuk Dalaman kepada sains senibina

Cikgu Kaunseling Ma said...

Tuan Azwida said...
Tahniah anda terpilih ke UiTM di antara beribu-ribu calon yang memohon.
Sebarang pertikaran coyrse sila hubungi pihak UITM terus

Anonymous said...

assalamualaikum, ckgu nk tnya pndpt, sya sekrg form 4, sya memg minat nk jdi arkitek , malah melukis dan b'imiginasi tnggi memg k'pkarn sy, tp, sekrg sya msuk ke aliran akaun . ap patut sya buat ? bolehkh sya m'nmbh mta pelajran PSV ? mna-2 ipta kelak dpt kaa terima sya ?

Anonymous said...

cikgu saya bdak mrsm tp saya tak ambik seni...tp saya mmg minat arkitek..subjek saya ambik fizik add math kimia biologi matematik bi bm sejarah agama islam...brapa syarat yg perlu saya dpt klau nk dpt ipta...dan brapa syarat nk pg oversea...bdak mrsm bleh ke jd arkitek cikgu

Cik Ma said...

Anon September 24, 2013 at 1:23
Students MRSM boleh jadi arkitek

Anonymous said...

brapa syarat spm nk mohon diploma or asasi

Anonymous said...

kalau cuma ambil seni,perdagangan n geografi boleh tak jadi arkitek

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu...Bolehkah sya menemu bual cikgu ma krn sya dkhndaki mmbuat folio kerjya...?? sya seorg pljar mrsm dn mengambil subjek tmbhn seni selain drpd subjek asas...

haikal idris said...

salam,
kita perlu mendapat kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk math dan bm, yang lagi tiga tu subjek apa2 atau ada subjek dia yang tertentu?

haikal idris said...

salam,
kita perlu mendapat kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bm dan math, yang lagi tiga tu subjek apa-apa atau ada subjek yang telah ditetapkan

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .