Followers

Tentang Blog Ini

Penulis Blog: Cikgu Cr. Ma.

Kehadiran blog ini adalah untuk memeriahkan dunia pendidikan maya terutama dalam e-kaunseling. Tujuan blog ini diwujudkan sebagai pemudahcara pemilik blog berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya khususnya ketika di SMK Bandar Tun Razak, Keratong, Rompin, Pahang pada 2006-07. Atas sebab tertentu blog diprivatekan pada 2008-2010.

Kini blog ini dibuka kembali untuk kemudahan semua pihak saling berkongsi ilmu. Cuma ada artikel berkaitan agak peribadi antara saya dan bekas pelajar di SMK Bandar Tun Razak telah saya privatekan. Blog ini mula diwujudkan ketika pemilik blog 'bed ridden' kemudian berkerusi roda.

Blog cikgukaunseling.com dibina untuk saling berkongsi dan memberi pendidikan secara maya berkaitan kemahiran belajar, kemahiran pengurusan diri, artikel berkaitan motivasi, petua dan tip mengemudi hati serta cinta, maklumat berkaitan kerjaya, informasi hala tuju selepas alam persekolahan, maklumat IPT, tip mengatasi ketagihan bahan memabukkan dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan Bimbingan dan kaunseling di kalangan pelajar sekolah menengah.

Segala komen membina daripada pengunjung blog sangat diraikan. Jika ada pelayar blog yang sudi memberi jawapan segera kepada pelayar blog ini sangat saya hargai. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Di blog ini saya lebih kepada blog pendidikan. Ada pelayar blog minta saya cerita kisah hidup saya di sini tetapi saya mohon maaf saya tidak dapat memuatkan cerita peribadi saya di sini kerana ini blog pendidikan yang difokuskan kepada perkongsian pendidikan secara dalam talian.

Untuk sesi kaunseling individu, para pelajar dan pelayar blog, boleh hubungi email saya. Para pelajar juga digalakkan bertemu saya di sekolah. Sekian terima kasih.

Biasiswa

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

Sejarah Arkeologi, Bukit Tengkorak di Sabah

Bukit Tengkorak, Sabah, gambar terima kasih kepada, klik sini.
Sejarah Arkeologi, Bukit Tengkorak di Sabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sejarah Arkeologi merupakan salah satu sember Sejarah utama. Dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu, para pelajar telah didedahkan dengan Kaedah Pengkajian Sejarah. Anda masih ingat lagi kan?

Ok, kalau ingat apakah kaedah tersebut?

Baiklah Kaedah pengkajian Sejarah terbahagi kepada 3 iaitu:


 1) Kaedad Lisan
2) Kaedah Bertulis
3) Kaedah Arkeologi


Baiklah pada entry ini saya memuatnaik artikel yang pernah tersiar di akhbar berkaitan penemuan arkeologi di negara kita,  pada tahun-tahun yang lepas sebagai kemudahan kita membuat rujukan tambahan berkaitan sejarah arkeologi di tanahair kita.

Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak  Sabah

PROJEK Pembangunan Bukit Tengkorak, sebuah tapak arkeologi di sini bernilai RM4.2 juta, akan menjadi destinasi pelancongan baru Sabah, kata Pembantu Menteri Pelancong, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.

Beliau berkata pembangunan projek yang dikendalikan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) merupakan usaha memelihara tapak sejarah yang melambangkan peradaban dan ketamadunan bangsa untuk dihayati rakyat, sekaligus memberi peluang merancakkan industri pelancongan negeri.



"Tapak warisan dan monumen atau bentuk apa sahaja, termasuk warisan tidak ketara, akan terus dipelihara dan dikekalkan sepenuhnya selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005," katanya pada majlis penyerahan Tapak Siap Kerja Projek Pembangunan di Bukit Tengkorak.

Terdahulu, Pesuruhjaya JWN Profesor Emeritus Datuk Zuraina Majid berkata Bukit Tengkorak merupakan salah satu tapak di kawasan pantai timur Sabah yang dikenal pasti mempunyai nilai prasejarah yang tinggi.

Menurutnya, kawasan lain yang menjadi tumpuan JWN ialah Mansuli di Lahad Datu dan Tingkayu di Kunak.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Muzium Sabah Datuk Pounis Guntavid berkata jabatannya akan memulakan pengisian di ruang-ruang legar bangunan utama di Tapak Bukit Tengkorak dengan artifak prasejarah yang ditemui di kawasan sekitar.

Beliau berkata Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak arkeologi penting di Malaysia dan Asia Tenggara yang terletak kira-kira 500 kaki di atas paras laut.

Menurutnya, bukit itu merupakan tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian bibir gunung berapi yang berdiameter dua kilomter.

Guntavid berkata penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) membuat penyelidikan bersama Jabatan Muzium Sabah sejak 1994 dan menemui pecahan tembikar, alat-alat batu, sisa makanan daripada pelbagai spesis laut dipercayai berusia lebih 3,000 tahun. (BERNAMA)

Petikan dari http://sabahkinimirror.blogspot.com/2010/11/bukit-tengkorak-destinasi-pelancongan.html
dari BERNAMA.

0 Responses

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs