Welcome to My

Blog

Monday, June 25, 2012

Ciri-ciri Minat Kerjaya Teori Holland

Ciri-ciri Minat Kerjaya Teori Holland



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ujian minat kerjaya Holland,adalah salah satu instrumen yang sering diguna pakai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan Ujian Minat Kerjaya di kalangan pelajar mereka.

Bahkan, Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang yang mana bukan setakat Guru Bimbingan dan kaunseling menggunakan instrumen ini.

Teori Holland ini banyak  membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Sekiranya anda seorang ibubapa sudah tentu anda ingin  mengenali personaliti anak-anak anda.

Begitu juga sekiranya anda seorang guru, guru besar, pengetua dan ketua jabatan. Dengan mengenali Teori Kerjaya Holland ini, sedikit sebanyak anda dapat mengenali trait personaliti individu di bawah seliaan anda.

Bagi pelajar-pelajar ( mereka yang telah / pernah menduduki ), berikut ialah penerangan ringkas mengenai hasil ujian tersebut.


Holland Codes memecahkan jenis personaliti kepada ENAM(6) kategori utama iaitu :

1. Realistic - They like to work with THINGS.
                      - Mereka suka bekerja dengan

2. Investigative - They like to work with DATA.
                           - Mereka suka bekerja dengan DATA.

3. Artistic - They like to work with IDEAS and THINGS.
                  -  Mereka suka bekerja dengan IDEAS dan BENDA.

4. Social - They like to work with PEOPLE.
                - Mereka suka bekerja dengan ORANG.

5. Enterprising - They like to work with PEOPLE and DATA.
                          - Mereka suka bekerja dengan ORANG. dan DATA.

6. Conventional - They like to work with DATA.
                           - Mereka suka bekerja dengan DATA.


Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain.

 Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.

Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu.

Semoga ianya membantu di dalam memilih bidang yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.

Huraian Terperinci.

Keterangan Ciri-Ciri Berdasarkan Ujian Kerjaya Holland


Ciri-Ciri REALISTIC

-> practical, physical, hands-on, tool-oriented
* Likes to work with animals, tools, or machines; generally avoids social activities like teaching, healing, and informing others;
* Has good skills in working with tools, mechanical or electrical drawings, machines, or plants and animals;
* Values practical things you can see, touch, and use like plants and animals, tools, equipment, or machines; and
* Sees self as practical, mechanical, and realistic.


Individu yang mempunyai ciri realistik sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran dan masculinity. 

Individu realistic biasanya akan memilih kerjaya yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan lain-lain. 

Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain

Ciri-Ciri INVESTIGATIVE
-> analytical, intellectual, scientific, explorative
* Likes to study and solve math or science problems; generally avoids leading, selling, or persuading people;
* Is good at understanding and solving science and math problems;
* Values science; and
* Sees self as precise, scientific, and intellectual.

Individu yang mempunyai ciri ciri investigative sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain.

 Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain.

Ciri-Ciri ARTISTIC
-> creative, original, independent, chaotic
* Likes to do creative activities like art, drama, crafts, dance, music, or creative writing; generally avoids highly ordered or repetitive activities;
* Has good artistic abilities -- in creative writing, drama, crafts, music, or art;
* Values the creative arts -- like drama, music, art, or the works of creative writers; and
* Sees self as expressive, original, and independent.

Individu yang berpesonaliti ini cenderung menceburi kerjaya  artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni.
 

Individu artistic menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan tidak sistematik yang memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan dan perkataan, disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas, intuitif dan lain-lain.

Ciri-Ciri SOCIAL

-> cooperative, supporting, helping, healing/nurturing
* Likes to do things to help people -- like, teaching, nursing, or giving first aid, providing information; generally avoids using machines, tools, or animals to achieve a goal;
* Is good at teaching, counseling, nursing, or giving information;
* Values helping people and solving social problems; and
* Sees self as helpful, friendly, and trustworthy.

Individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin.

 Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor

Ciri-Ciri ENTERPRISING
-> competitive environments, leadership, persuading
* Likes to lead and persuade people, and to sell things and ideas; generally avoids activities that require careful observation and scientific, analytical thinking;
* Is good at leading people and selling things or ideas;
* Values success in politics, leadership, or business; and
* Sees self as energetic, ambitious, and sociable.


Individu ciri-ciri  enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. 

Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain. Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif dan perniaga.

Ciri-Ciri CONVENTIONAL

-> detail-oriented, organizing, clerical
* Likes to work with numbers, records, or machines in a set, orderly way; generally avoids ambiguous, unstructured activities
* Is good at working with written records and numbers in a systematic, orderly way;
* Values success in business; and
* Sees self as orderly, and good at following a set plan.

Individu conventional selalunya  memiliki minat, kecekapan, persepsi diri dan mempunya iciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain. 

Mereka memilih kerjaya seperti kerani, setiausaha atau operator.

0 comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .