Welcome to My

Blog

Monday, June 25, 2012

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)



Fungsi :
  • Menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan menyemak kesesuaiannya dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan pakej latihan, kemudahahan pembelajaran dan tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman berasaskan NOSS bagi semua bidang pertanian.
  • Menyelaras keperluan fizikal semua institusi latihan pertanian.
  • Menyelaras pelaksanaan latihan kemahiran pertanian di semua institusi latihan pertanian.
  • Menilai keberkesanan sistem latihan kemahiran dan menambahbaikkannya.
  • Bertindak dan berperanan sebagai badan berkuasa yang dirujuk dalam ehwal latihan kemahiran pertanian.
  • Merancang sistem latihan berkembar (dual training system).

1. Apakah kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?

Mulai tahun 2008, syarat dan kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia adalah:
Syarat wajib bagi kemasukan untuk Tahap 1 ialah:
• warganegara Malaysia
• sihat tubuh badan
• bujang/belum berkahwin
• minimum SPM dengan lulus Bahasa Melayu
• berumur antara 20 hingga 23 tahun 


Program ini khusus memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat atau tidak minat meneruskan pengajian akademik masing-masing tetapi mempunyai komitmen/kesungguhan/kudrat untuk mengikuti latihan kemahiran (competency based training) dalam bidang pertanian. 


Tempoh latihan bagi Tahap 1 ialah selama 6 bulan. Tujuan program latihan ini ialah untuk melatih calon menjadi pekerja mahir agar boleh memulakan sesuatu perusahaan atau menjadi usahawan, bukan untuk memohon kerja di jabatan/agensi kerajaan. 

Sebanyak 7 kursus latihan kemahiran disediakan:
• Sayuran
• Buahan
• Akuakultur
• Perikanan Tangkapan
• Ruminan (lembu & kambing)
• Pemprosesan Makanan
• Pemasaran Syarat kemasukan adalah sama untuk semua kursus yang memerlukan pemohon mesti mempunyai minima SPM. Perikanan Tangkapan (Pukat Jerut) menerima hanya kepada calon lelaki sahaja.


2. Bagaimanakah cara memohon untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?

Iklan mempelawa permohonan menyertai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan ini akan disiarkan di akhbar-akhbar utama untuk pengambilan dua kali setahun, biasanya pada bulan Mac dan November. Kaedah permohonan telah dipermudahkan. Calon hanya perlu hadir sesi Ujian Kelayakan pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan. Jika calon berjaya melepasi Ujian Kelayakan, calon akan dikehendaki menjalankan program Suaikenal dan Kemampuan Teras. Jika terpilih, calon akan memulakan latihan di pusat-pusat bertauliah.



3. Adakah anda layak memohon dan memasuki latihan di Kolej Pertanian Malaysia jika telah mempunyai Diploma dan kelayakan lebih tinggi?

Pada dasarnya, program ini khusus memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat atau tidak minat meneruskan pengajian akademik masing-masing tetapi mempunyai komitmen/kesungguhan/kudrat untuk mengikuti latihan kemahiran (competency based training) dalam bidang pertanian. Pemohon yang mempunyai diploma dan kelayakan lain yang lebih tinggi, juga boleh memohon dengan syarat boleh menamatkan latihan selama 6 bulan.

4. Bagaimanakah cara untuk menjadi tenaga pengajar di Kolej Pertanian Malaysia?

Pengambilan tenaga pengajar adalah berpandukan kepada bidang Kemahiran Pertanian yang berkaitan dengan kursus yang dikelolakan. Mereka mestilah mempunyai kelulusan satu tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) lebih tinggi dari tahap yang dibolehkan untuk mengajar, sebagai contoh tenaga pengajar Tahap 3 mestilah mempunyai Sijil SKM Tahap 4 bidang berkenaan. Selain dari itu tenaga pengajar mestilah mengikuti kursus 1-031-3 (VTO) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (dahulunya MLVK). Sebarang permohonan untuk tenaga pengajar mestilah dibuat kepada Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan ( NATC )
Aras 3 Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 Putrajaya
( u.p  : Puan Rohani bte Che Rose )


Tel  :  03-88701806
Faks :  03-88886908



2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu

ziarah disini

Cikgu Kaunseling Ma said...

waalaikumussalam Atuk
terima kasih Atuk sudi ke blog ini

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .