Followers

Tentang Blog Ini

Penulis Blog: Cikgu Cr. Ma.

Kehadiran blog ini adalah untuk memeriahkan dunia pendidikan maya terutama dalam e-kaunseling. Tujuan blog ini diwujudkan sebagai pemudahcara pemilik blog berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya khususnya ketika di SMK Bandar Tun Razak, Keratong, Rompin, Pahang pada 2006-07. Atas sebab tertentu blog diprivatekan pada 2008-2010.

Kini blog ini dibuka kembali untuk kemudahan semua pihak saling berkongsi ilmu. Cuma ada artikel berkaitan agak peribadi antara saya dan bekas pelajar di SMK Bandar Tun Razak telah saya privatekan. Blog ini mula diwujudkan ketika pemilik blog 'bed ridden' kemudian berkerusi roda.

Blog cikgukaunseling.com dibina untuk saling berkongsi dan memberi pendidikan secara maya berkaitan kemahiran belajar, kemahiran pengurusan diri, artikel berkaitan motivasi, petua dan tip mengemudi hati serta cinta, maklumat berkaitan kerjaya, informasi hala tuju selepas alam persekolahan, maklumat IPT, tip mengatasi ketagihan bahan memabukkan dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan Bimbingan dan kaunseling di kalangan pelajar sekolah menengah.

Segala komen membina daripada pengunjung blog sangat diraikan. Jika ada pelayar blog yang sudi memberi jawapan segera kepada pelayar blog ini sangat saya hargai. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Di blog ini saya lebih kepada blog pendidikan. Ada pelayar blog minta saya cerita kisah hidup saya di sini tetapi saya mohon maaf saya tidak dapat memuatkan cerita peribadi saya di sini kerana ini blog pendidikan yang difokuskan kepada perkongsian pendidikan secara dalam talian.

Untuk sesi kaunseling individu, para pelajar dan pelayar blog, boleh hubungi email saya. Para pelajar juga digalakkan bertemu saya di sekolah. Sekian terima kasih.

Biasiswa

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

Program Pengajian Separuh Masa di UTMSpace

Hari Terbuka UTMSpace



DATANG DAN DAFTAR.

Hari Terbuka UTMSPACE Johor Bahru  akan diadakan di perkarangan bangunan UTMSPACE, Taman Universiti Skudai pada 23-24 Jun 2012 (SABTU & AHAD)! 

PENDAFTARAN TERBUKA! 
  • Program Diploma Sepenuh Masa Kolej Kerjasama UTM
  • Program Diploma Eksekutif Kerjasama UTMSpace bersama Rakan Pintar



Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Temui Boboiboy di sana.

Dan yang penting kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian/ berminat untuk mengikuti pelbagai program UTMSPACE anda semua dijemput hadir ke HARI TERBUKA UTMSPACE di lokasi terakhir iaitu di Johor Bahru!

 Jumpa UTMSpace di sana!!

Update dari UTMSpace fb; Kepada Warga JB:

Pasukan Jelajah Hari Terbuka Utmspace akan berada di Plaza Angsana pada jam 12 tengah hari , 21/6/2012, Khamis di aras bawah di hadapan Pasaraya UO (Uda Ocean). Kami akan mengadakan acara kuiz mudah dan orang ramai berpeluang untuk mendapat hadiah percuma Utmspace seperti payung, t-shirt, topi dan banyak lagi hadiah menanti anda! Jumpa kami di sana sebentar lagi!

 Makluman Penting:-

Penawaran Baru bagi Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pusat Kota Kinabalu dibuka untuk permohonan secara online. Tarikh Tutup permohonan secara online dibuka sehingga 30 Jun 2012. Kepada yg berminat jangan lepaskan peluang ini.

ANTARA PROGRAM DAN PUSAT PEMBELAJARAN YANG DITAWARKAN UTMSPACE


 DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
JOHOR BAHRU , PULAU PINANG , KUALA LUMPUR , KOTA BHARU

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (MEKATRONIK)
JOHOR BAHRU , PULAU PINANG , KUALA LUMPUR , KOTA BHARU

  DIPLOMA SAINS KOMPUTER (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
PULAU PINANG , KUALA LUMPUR , KOTA BHARU

  DIPLOMA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
JOHOR BAHRU , KUALA LUMPUR , PONTIAN

Untuk Maklumat Program Pengajian Diploma Secara Separuh Masa, klik di sini. 

Untuk Maklumat Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Secara Separuh Masa klik di sini.

Klik website UTMSpace; di sini, bagi maklumat lanjut.
0 Responses

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs