Welcome to My

Blog

Friday, June 01, 2012

Senarai Institut Kemahiran MARA Di Malaysia

Senarai Institut Kemahiran MARA Di Malaysia

SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) &
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)


IKM / KKTM diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan.
Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan di IKM / KKTM di seluruh negara. IKM yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1968 iaitu IKM Melaka yang pada masa itu ditempatkan di Jalan Hang Tuah, Melaka.

 Pada awalnya IKM diwujudkan dengan objektif berorientasikan sosial iaitu untuk membanteras masalah keciciran di dalam bidang pendidikan di kalangan remaja dan belia Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar. 

Apabila negara mula mempelbagaikan sistem ekonominya dari bidang pertanian ke bidang perusahaan dan perindustrian, keperluan pekerja separuh mahir untuk bekerja di kilang-kilang yang ditubuhkan mula ketara. 

Mulai tahun 70an, bidang-bidang kemahiran telah diperbanyakkan dan jumlah IKM telah ditambah. IKM memberi peluang kepada remaja dan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan, mendapatkan kelulusan dan kemahiran untuk melayakkan mereka untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat swasta. 

Daripada asalnya dikenali sebagai "sekolah tukang" iaitu pusat latihan yang melahirkan tukang yang mahir dalam sesuatu bidang, kini IKM telah berkembang mengikut peredaran zaman. Selaras dengan perkembangan di dalam dunia pendidikan yang diterajui oleh perkembangan ekonomi berasaskan teknologi, negara memerlukan lebih ramai pekerja berpengetahuan atau "knowledge workers".

 Di samping itu perkembangan teknologi juga menyebabkan syarikat-syarikat pembuatan dan perindustrian yang memberi sumbangan besar terhadap mengadakan peluang-peluang pekerjaan, mengubah keperluan sumber manusia mereka daripada "tukang pasang" atau "assembly workers" kepada pekerja berkemahiran tinggi atau highly-skilled workers. 

Sehubungan dengan itu, aliran kemahiran menjadi penting di dalam program pembangunan sumber manusia dan secara langsung merupakan satu laluan yang selari dengan aliran akademik dan ini membolehkan lepasan sekolah menengah membuat pilihan tentang haluan dan bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi. Hakikat inilah yang menjadi asas utama di dalam pembangunan IKM. 

Sehingga awal tahun 90an, kesemua kursus latihan kemahiran dijalankan di peringkat Sijil bagi Belia Bumiputera dalam peringkat umur 16-40 tahun. Antara latihan kemahiran yang diadakan adalah dalam bidang seperti Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Senibina dan juga Seni dan Rekabentuk.

Kursus di tahap Diploma pula mula dijalankan pada tahun 1995 apabila IKM Petaling Jaya menjalankan sepenuhnya program Higher National Diploma dalam bidang Elektronik dan diploma ini ditauliahkan oleh Edexcel International of United Kingdom.

Ini kemudiannya diikuti oleh program diploma di dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif, Bangunan, Elektrik, Elektronik dan Mekanikal secara usahasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Manakala program diploma dalam bidang Teknologi Pembuatan dan Membuat Acuan dilaksanakan dengan kerjasama German Malaysia Institute (GMI). 

Peningkatan tahap kursus memerlukan tenaga pengajar dan pengurusan yang mempunyai kelulusan dan kelayakkan yang lebih tinggi disamping kemudahan dan alatan latihan yang lebih canggih yang mencerminkan teknologi yang sebenarnya digunakan dalam pasaran serta industri.

 Ini mencetuskan IKM dinaiktaraf menjadi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) bagi pusat-pusat yang menjalankan program diploma iaitu di KKTM Pasir Mas, KKTM Petaling Jaya dan KKTM Balik Pulau.

Dengan ini, KKTM bukan sahaja merupakan salah satu aliran pilihan secara langsung bagi pelajar-pelajar yang tamat SPM atau SPM(V) tetapi juga memberi peluang pelatih lepasan IKM melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma.


PERLIS

IKM BESERI
Km. 14, Jalan Kaki Bukit,
02400 Beseri, Perlis
Tel : 04-9384021 / 4022
Faks: 04-9384023
Laman Web :
www.ikm.edu.my/beseri

 KEDAH

IKM SG. PETANI
Jalan Badlishah,
08000 Sg. Petani,Kedah

Tel : 04-4212382
Faks: 04-4218432
Laman Web :
www.ikm.edu.my/sgpetani

IKM ALOR SETAR
Lrg. Terus, Off Jalan Kota Tanah,
05050 Alor Setar, Kedah.
Tel:04-7729940
Faks:04-7724340
Laman Web:
www.ikm.edu.my/alorstar


IKM SIK
Jalan Sek. Men. Keb. Agama Sik,
08200 Sik, Kedah
Tel : 04-4692045 / 4695964
Faks: 04-4693416
Laman Web :
www.ikm.edu.my/sik 

PERAK

 IKM LUMUT
Jalan Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung,
32040 Lumut, Perak
Tel : 05-6884401 / 1403
Faks: 05-6883919
Laman Web :
www.ikm.edu.my/lumut
 KUALA LUMPUR


IKM KUALA LUMPUR
Jalan Belangkas, Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-92844455 / 4535
Faks: 03-92848213
Laman Web :
www. ikm.edu.my/kl

MELAKA

IKM JASIN
Km. 32, Jalan Chinchin, Simpang Kerayong, Peti Surat 141,
77008 Jasin, Melaka
Tel : 06-5291561 / 2595
 Faks : 06-5292561
 Laman Web :
www.ikm.edu.my/jasin 

JOHOR

IKM JOHOR BAHRU
Jalan Taruka, Off Jalan Datin Halimah,
80720 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2361129 / 2370001
 Faks : 07-2364289
Laman Web :
www.ikm.edu.my/jb

PAHANG

IKM TAN SRI YAHAYA AHMAD
Kaw. Perindustrian Peramu Jaya,
26600 Pekan, Pahang.
Tel : 09-4269404
Faks: 09-4269400
Laman Web :
www.ikm.edu.my/tsya 

TERENGGANU


IKM BESUT
Jalan Batu Tumbuh, alor Lintang,
22200 Besut, Terengganu.
Tel : 09-6957244 / 8795
Fax: 09-6957326
Laman Web :
www.ikm.edu.my/besut


SARAWAK

IKM KUCHING
Jalan Kemahiran, Off Jalan Sultan Tengah,
Peti Surat 3271,
93764 Kuching, Sarawak
Tel : 082-441149 / 441023
Faks: 082-444135
Laman Web :
www.ikm.edu.my/kuching




SABAH 

IKM KOTA KINABALU
Lot. 4, Taman Perindustrian Kota Kinabalu,
Km. 7, Jln. Sepangar,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-490697 / 496645
Faks: 088-497512
Laman Web :
www.ikm.edu.my/kinabalu

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI:

http://www.ekemahiran.edu.my/



0 comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .