Welcome to My

Blog

Wednesday, July 04, 2012

Akademi Binaan Malaysia Melatih Tenaga Mahir

Akademi Binaan Malaysia Melatih Tenaga Mahir 
Berkualiti Dalam Personel Binaan



SEORANG pelajar jurusan pereka blok menyediakan projek sempena Pertandingan Kemahiran Malaysia ke-21, di Johor Bahru, Johor, 30 JUN 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan PMR,  siswazah dari institut pengajian tinggi (IPT) dan para penggiat industri pembinaan, anda dialu-alukan untuk hadir ke Karnival Kemahiran untuk mengetahui prospek yang lebih luas dalam sektor pembinaan ini.

CIDB dengan kerjasama ABM dan Kementerian Kerja Raya bakal menganjurkan Karnival Kemahiran sempena Pertandingan Kemahiran Malaysia yang ke-21. 


Ia berlangsung selama tiga hari bermula 5 Julai ini di Kompleks CIDB Johor, Jalan Tampoi, Johor Bahru dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Ibu bapa juga boleh hadir ke karnival ini bagi mendapat idea dan persepsi awal serta lebih luas berkaitan industri pembinaan dan kepentingan tenaga mahir dalam bidang ini.

AKADEMI BINAAN MALAYSIA 
Mengenai ABM

Akademi Binaan Negara (ABM) adalah sebahagian daripada Bahagian Pembangunan Personel Binaan CIDB yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan kemahiran dan pengurusan berkaitan pembinaan, menguji dan menilai kemahiran serta mengakreditasi pekerja mahir industri pembinaan
MISI ABM
 “MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA BAGI MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA”




“TO DEVELOP HUMAN RESOURCES FOR IMPROVING THE QUALITY AND PRODUCTIVITY OF THE MALAYSIAN CONSTRUCTION INDUSTRY”

 
PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH
Siapa yang layak untuk Program Latihan Kemahiran Belia?

Program latihan kemahiran belia lepasan sekolah terbuka kepada golongan belia yang berusia 16 tahun keatas.
 
Terbuka kepada semua golongan belia warganegara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun. Bagi program latihan kemahiran ini, pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh CIDB. Latihan kemahiran adalah dijalankan di semua Akademi Binaan Malaysia (ABM) seluruh Negara dan pusat latihan bertauliah CIDB.
PERSIJILAN
Setiap pelatih yang lulus dalam latihan kemahiran akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dalam tred berkenaan.

PROGRAM DI ABM

Terdapat 2 jenis latihan kemahiran di ABM iaitu:
  • Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah
  • Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan

Apakah syarat-syarat bagi mengikuti kursus di Akademi Binaan Malaysia?

Program Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah

Syarat permohonan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan adalah berbeza dan bergantung kepada bidang kemahiran yang dipohon.  Terdapat 49 jenis bidang kemahiran yang ditawarkan di 6 lokasi ABM di seluruh negara dengan tempohnya 1 bulan hingga 24 bulan mengikut bidang.  Walau bagaimanapun, syarat umum bagi Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah adalah seperti berikut:-
  1. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  2. Warganegara Malaysia; dan
  3. Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil
PEMBIAYAAN PENGAJIAN

Pelatih yang diterima untuk menjalani latihan ini di ABM dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.

SENARAI PROGRAM

Maklumat terkini mengenai tred yang ditawarkan sila rujuk Senarai Program Latihan Kemahiran Belia di pejabat CIDB/ABM yang berhampiran.

CARA MEMOHON

Sila dapatkan risalah dan borang permohonan UPLK1 Pin. 1/2006 daripada mana-mana pejabat CIDB atau mana-mana ABM (sila layari  www.cidb.gov.my)

Muat turun borang di sini.

PROGRAM KEDUA:
Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan 


  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil
  3. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Bagi bidang kursus "plant Operation & Crane Operation; had umur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 6 bulan di dalam bidang yang dipohon dan merupakan pekerja binaan sedia ada.
  5. Pelatih yang mempunyai Kad Hijau yang masih sah sahaja dibenarkan memasuki latihan di bawah program ini. Pelatih yang memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan layak dipertimbangkan pembiayaan yuran kursus oleh CIDB. Bagi calon yang mempunyai Kad Hijau yang telah tamat tempohnya, tidak akan dibiayai yuran kursusnya oleh CIDB.
  6. Pemilihan untuk menyertai latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia hanya akan ditentukan melalui kejayaan temuduga.
  7. Calon perlulah membawa dokumen asal semasa temuduga
  8. Pembiayaan oleh CIDB hanya satu kali/kursus/personel binaan, kecuali bagi bidang kursus (Scaffolding Frame/Tubular) dan Plumbing (Building Sanitary Fitting & Water Reticulation) boleh diambil kedua-duanya sekali. Jika Personel tersebut masih berminat untuk mengambil bidang kursus yang lain, personel tersebut perlulah membayar yuran latihan penuh kepada ABM.
INFO CIDB
PENDAHULUAN
Sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan Negara dan selaras dengan peruntukan dalam Akta penubuhannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sentiasa peka untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan Negara supaya mereka boleh menyumbang ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa hadapan.
Lantaran itu, CIDB telah memanfaatkan potensi tenaga kerja di kalangan golongan belia bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing dan pada masa yang sama mempertingkatkan lagi tahap kemahiran pekerja binaan dengan menyediakan latihan kemahiran khusus sepertimana yang dikehendaki oleh industri pembinaan.
Strategi Latihan Kemahiran CIDB
Bagi memastikan seluruh lapisan tenaga kerja dalam industri pembinaan mempunyai tahap kemahiran yang diperlukan oleh industri, mereka perlu diberikan latihan kemahiran dalam tred-tred berkaitan yang diperlukan. CIDB telah mengenalpasti latihan kemahiran yang diperlukan oleh industri pembinaan bagi mempersiapkan diri mereka menjadi pekerja binaan berwibawa yang berupaya menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti, produktif lagi cekap.
PROGRAM 
Matlamat Latihan Kemahiran CIDB
  1. Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan mahir & separuh mahir bagi mengurangkan kebergantungan Negara kepada tenaga kerja asing;
  2. Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasi kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah;
  3. Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa;
  4. Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga kerja binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih, serta
  5. Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar Negara.
 
INFO ABM
Akademi Binaan Malaysia [ABM] adalah pusat latihan CIDB Malaysia yang menyediakan pembangunan dan peningkatan kemahiran dikalangan Personel Binaan.

Fokus utama Akademi Binaan Malaysia melibatkan persediaan Personel Binaan dengan:
  • kemahiran
  • standardisasi
  • kebolehan
  • kualiti
  • produktiviti
ABM telah menggariskan 7 objektif bagi memenuhi peranannya:
  • Untuk mewujudkan lebih ramai Personel Binaan berkemahiran penuh dan berkemahiran -separa tempatan bagi mengurangkan pergantungan negara pada pekerja asing
  • Untuk melaksanakan Kursus Kemahiran Pembangunan Binaan secara berstruktur dan diiktiraf yang dikendalikan oleh para pelatih yang berkemahiran dan professional
  • Untuk menghasilkan Personel Binaan yang produktif, peka kepada keselamatan, berorientasikan kualiti dan berkebolehan untuk menghadapi kehendak yang sentiasa bertukar dalam Industri Pembinaan
  • Untuk menyediakan peluang-peluang bagi Personel Binaan untuk mempertingkatkan Kemahiran mereka dari masa ke semasa.
  • Untuk menyokong industri dalam mengejar persaingan sihat dengan menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan dalam mengendalikan peningkatan kecanggihan dalam Teknologi Pembinaan
  • Untuk menghasilkan dan memberi ruang bagi tenaga kerja tempatan yang terlatih pada masa kini dan masa hadapan untuk diekspot, dan
  • Untuk menjalankan program-program pengiktirafan
TEMPAT LATIHAN
CIDB telah menubuhkan 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) bertujuan untuk menyediakan latihan kepada golongan Belia dan Personel Binaan yang ingin menjalani latihan di dalam bidang industri Pembinaan. Lokasi-lokasi ABM adalah seperti berikut

ALAMAT AKADEMI BINAAN MALAYSIA

ABM Wilayah Utara
Lot 2991 & 2992, Jalan Sintok-Padang Sanai,
Mukim Temin 06010 Sintok, Kedah.
Tel : 04 – 9242 200
Faks : 04 – 9241 100
ABM Wilayah Tengah
Lot 8, Blok E, Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 9200 2008
Faks : 03 – 9200 2009
ABM Wilayah Selatan
Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07 – 238 8152
Faks : 07 – 234 5808

Akademi Binaan Malaysia Timur

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Jenagor 21700 Kuala Berang Terengganu

Tel : 09-6814327 Fax : 09-6814329
Email : abmtimur@yahoo.com

 Infrastruktur Latihan (Kampus Sediada)
1 Bangunan Pentadbiran
6 Bangunan Bengkel & Kuliah
6 Blok Asrama
1 Surau
1 Dewan Makan
2 Unit Kuarters Warden
Kapasiti latihan semasa 500 pelatih
Status Kampus Kekal Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur (ABMT)
Keluasan : 118 ekar
Lokasi : Kws. sediada + kws. baru
Pembinaan : Februari 2004
J/masa : 18 bulan
Kapasiti : 1000 pelatih
Kursus : 52 tred
Ditubuhkan pada Mei 1997, Kerjasama CIDB
Malaysia dengan Kerajaan Negeri Terengganu
Lokasi: Jenagor, 12 km dari
Bandar Kuala Berang, Terengganu
Keluasan Kampus : 118 ekar
ABM Sarawak
Tingkat 1, Blok A, Kompleks CIDB,
Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak. 
Tel : 082 – 446 700
Faks : 082 – 442 700
ABM Sabah 
Jalan Mangga, Batu 6, Kolombong,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 – 430 615/616
Faks : 088 – 431 359

PERTANYAAN 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
Tingkat 7, Grand Seasons Avenue, 72,
Jalan Pahang, 53000
Kuala Lumpur

Tel: 03-2617 0200
Fax: 03-2617 0220
Laman Web: http://www.cidb.gov.my/

Mencari tenaga mahir berkualiti

PENDEDAHAN awal Anis Amirah Mohd. Yunus, 18, dalam bidang kemahiran sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkal Meleret, Kelantan telah mendorong dirinya untuk mendalami bidang itu dengan lebih lanjut.

Tanpa perlu berfikir panjang, Anis Amirah lantas memilih Akademi Binaan Malaysia (ABM) untuk menambahkan kemahiran diri.

Dia melihat ABM sebagai sebuah institusi berkredibiliti dalam melahirkan tenaga mahir mengikut kehendak pasaran semasa.

Secara ringkasnya, ABM ialah sebuah pusat latihan bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam pembangunan dan peningkatan kemahiran dalam kalangan personel binaan.

"Saya sudah sebulan mengikuti kursus lukisan dan mengecat di sini. Dalam masa empat bulan lagi saya akan menamatkan kursus dan memperoleh Sijil Kemahiran Kecekapan.

"Selepas itu saya berhasrat untuk membuka syarikat yang menawarkan servis mengecat bangunan," kata Anis Amirah penuh semangat.

Ya, kedengaran kerjaya yang dipilih anak kelahiran Kelantan itu, tidak glamor. Namun, sama ada percaya atau tidak, pendapatan yang boleh diraihnya setiap bulan berupaya menandingi gaji yang diperoleh daripada kumpulan profesional.

Hakikat itu diakui oleh Pengarah CIDB Johor, Zaini Jalil. Ujarnya, perolehan pendapatan dalam industri pembinaan berskala besar terutama mereka yang terlibat dalam bidang minyak, gas, keselamatan dan kimpalan.

"Gaji bukan satu masalah, tapi kadang-kadang persepsi masyarakat yang menjadikan bidang ini kurang diminati," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Jelas Zaini, secara keseluruhan pihaknya menggariskan tujuh objektif bagi memenuhi peranan institusi itu.

Namun, yang paling signifikan adalah untuk mewujudkan lebih ramai personel binaan berkemahiran penuh dan berkemahiran separa tempatan bagi mengurangkan pergantungan negara kepada pekerja asing.

"Selain itu, kita juga mahu menghasilkan dan memberi ruang bagi tenaga kerja tempatan yang terlatih untuk dieksport ke peringkat antarabangsa," katanya.

Terdapat dua jenis latihan kemahiran yang ditawarkan di ABM iaitu latihan kemahiran belia untuk lepasan sekolah dan latihan kemahiran untuk pekerja binaan tempatan.

Karnival Kemahiran

Ketua Pegawai Operasi ABM Wilayah Selatan, Supian Musa juga sependapat dengan Zaini. Katanya, bidang kemahiran di Malaysia dipandang sepi masyarakat.

Jika di luar negara, sebanyak 20 hingga 25 peratus tenaga mahir digilap, namun di Malaysia hanya sekitar 5 hingga 8 peratus sahaja.

Melihat kepada senario itu, CIDB dengan kerjasama ABM dan Kementerian Kerja Raya bakal menganjurkan Karnival Kemahiran sempena Pertandingan Kemahiran Malaysia yang ke-21.

Ia berlangsung selama tiga hari bermula 5 Julai ini di Kompleks CIDB Johor, Jalan Tampoi, Johor Bahru dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

"Program ini antara lain bertujuan mendedahkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), institut pengajian tinggi (IPT) dan para penggiat industri untuk mengetahui prospek yang lebih luas dalam sektor pembinaan ini.

"Barangkali ibu bapa juga boleh mendapat idea untuk melibatkan anak mereka dalam industri ini," ujar Supian.

Terdapat pelbagai acara sampingan lain yang disediakan oleh pihak penganjur.

Antaranya ialah seperti seminar kontraktor, kursus induksi keselamatan dan kesihatan pekerja binaan serta acara padang.

Pengunjung juga boleh melawati 40 buah gerai dan ruang pameran yang berkaitan dengan bidang kemahiran seperti telekomunikasi serta kimpalan.

Mengenai Pertandingan Kemahiran Malaysia pula, Supian memberitahu, seramai 130 pelajar akan bersaing di peringkat akhir dan mereka yang berjaya akan membawa bendera Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Peringkat Asia Tenggara di Jakarta pada 10 hingga 16 Jun ini. (SUMBER; KOSMO)

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA, DI BAWAH:

JOHOR BAHRU 30 Jun - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan menganjurkan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ke-21 bermula 5 hingga 7 Julai ini.
Ketua Pegawai Operasi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan, Supian Musa berkata, pertandingan peringkat akhir itu berlangsung selama tiga hari di Kompleks CIDB Wilayah Selatan, Jalan Tampoi, di sini.
Beliau berkata, pertandingan itu akan disertai 130 orang yang bertanding dalam 12 bidang dan terdiri daripada pelatih pelbagai institusi kemahiran dari seluruh negara.
"Matlamat utama penganjuran pertandingan ini untuk melihat kemahiran para pelatih dalam bidang yang dipelajari selain berhasrat menarik lebih ramai golongan remaja menceburi bidang kemahiran.
"Kita juga berhasrat membuka minda golongan belia di negara ini mengenai kepentingan menguasai kemahiran serta peluang pekerjaan yang berpotensi untuk diceburi pada masa akan datang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Antara bidang kemahiran yang dipertandingkan adalah pemasangan bata, jubin lantai, pendawaian elektrik, penyaman udara, pemasangan paip, kimpalan dan hiasan cat kreatif.
Majlis perasmian pertandingan tersebut dijadual disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor.
Supian berkata, johan PKM ke-21 berpeluang mewakili negara pada Pertandingan Kemahiran ASEAN 2012 yang dijadualkan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 10 hingga 16 November ini.
Beliau memberitahu, para peserta negara yang berjaya membawa pulang pingat pada Pertandingan Kemahiran ASEAN berpeluang bertanding pada Pertandingan Kemahiran Dunia yang dijadual berlangsung di Jerman pada pertengahan 2013.
Di samping pertandingan kemahiran, Supian berkata, pelbagai seminar turut diadakan bagi para kontraktor termasuk seminar pengurusan aset dan fasiliti serta kursus keselamatan dan kesihatan pekerja binaan.

5 comments:

Thilla Kamal said...

Salam cikgu,, mcm mana dgn yuran pmbelajaran d ABM ni?? CIDB biaya kseluruhanya ke?

Thilla Kamal said...

Salam cikgu,, mcm mana dgn yuran pembelajaran ABM ni? CIDB biaya keseluruhanya kursus ke??

Cikgu Kaunseling Ma said...

salam Thila Kamal
setakat ini kos yuran di CIDB adalah percuma. rebutlah peluang ni ya

bond benedick said...

Salam,cikgu,pendaftaran melalui online adakah akan diterima??saya mbuat pendaftaran hnya melalui online shaja dsbabkan jarak yang jauh dari pejabaj cidb

Anonymous said...

Salam.. Macam mana saya nak sambung kursus arka logam 6g?
Saya dah mengikuti kursus tersebut untuk tahap 3g di abm kuala berang..

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .