Welcome to My

Blog

Monday, July 23, 2012

Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka

Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka



UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2013 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.


Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM
http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM mulai 12 Julai 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.

PERINGKAT PENGAJIAN 

Sila baca terlebih dahulu nota dan makluman yang terdapat pada SKRIN PENDAFTARAN dan memilih PERINGKAT PENGAJIAN yang betul semasa mendaftar.

KELAYAKAN MEMOHON TENAGA PENGAJAR MUDA UITM TAHUN 2010 DAN 2011

KELAYAKAN MEMOHON

1.             Calon-calon mestilah mempunyai

a)            Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan peringkat Ph.D).

b)            Ijazah Sarjana Muda dengan  Kepujian dari universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).

2.         Calon-calon lulusan Sarjana Muda (Kepujian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau CGPA 3.0 ke atas.

3.             Bagi kursus-kursus Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari universiti yang diiktiraf.

4.             Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

5.             Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.

6.             Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

7.            Berumur tidak lebih daripada 35 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D.  Berumur tidak lebih daripada 30 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.  Bagi kursus Pergigian calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun  
CARA-CARA MEMOHON


Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/ mulai 12 Julai 2012.

NO KP DENGAN TANDA SEMPANG SEMASA LOGIN
Sila masukkan no kad pengenalan dengan tanda sempang (-) semasa login ke Sistem eTPM

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 2012

Syarat-syarat kelayakan memohon adalah seperti yang diiklankan

Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PERMOHONAN BIASISWA INI BOLEH TERUS BERHUBUNG TALIAN DI BAWAH: 

03-5544 3095
 03-5544 3109 
03-5544 3182 
03-5544 2336 
03-5521 1312 
03-5521 1310
 03-5544 3093
 03-5544 3109
 
Sebarang masalah teknikal berkenaan Sistem eTPM, mohon hubungi talian bantuan teknikal 03-55442203

1 comments:

shinbeichan said...

salam.. untuk taun 2014 bila ek tarikh start mohon?? terima kasih..

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .