-
I-MAS-C-U
Sistem Semakan Kelayakan Masuk U -
KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM
Kolej Teknologi Darulnaim -
Kaunseling
Apa Itu Kaunseling -
Permohonan Ke Politeknik 2013
Permohonan Ke Politeknik Jun 2013 -
Subjek Wajib Lulus SPM 2016
Bahasa Inggeris Wajib Lulus 2016? -
IOOEE 2013
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan
Tentang Blog Ini
Penulis Blog: Cikgu Cr. Ma.
Kehadiran blog ini adalah untuk memeriahkan dunia pendidikan maya terutama dalam e-kaunseling. Tujuan blog ini diwujudkan sebagai pemudahcara pemilik blog berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya khususnya ketika di SMK Bandar Tun Razak, Keratong, Rompin, Pahang pada 2006-07. Atas sebab tertentu blog diprivatekan pada 2008-2010.
Kini blog ini dibuka kembali untuk kemudahan semua pihak saling berkongsi ilmu. Cuma ada artikel berkaitan agak peribadi antara saya dan bekas pelajar di SMK Bandar Tun Razak telah saya privatekan. Blog ini mula diwujudkan ketika pemilik blog 'bed ridden' kemudian berkerusi roda.
Blog cikgukaunseling.com dibina untuk saling berkongsi dan memberi pendidikan secara maya berkaitan kemahiran belajar, kemahiran pengurusan diri, artikel berkaitan motivasi, petua dan tip mengemudi hati serta cinta, maklumat berkaitan kerjaya, informasi hala tuju selepas alam persekolahan, maklumat IPT, tip mengatasi ketagihan bahan memabukkan dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan Bimbingan dan kaunseling di kalangan pelajar sekolah menengah.
Segala komen membina daripada pengunjung blog sangat diraikan. Jika ada pelayar blog yang sudi memberi jawapan segera kepada pelayar blog ini sangat saya hargai. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Di blog ini saya lebih kepada blog pendidikan. Ada pelayar blog minta saya cerita kisah hidup saya di sini tetapi saya mohon maaf saya tidak dapat memuatkan cerita peribadi saya di sini kerana ini blog pendidikan yang difokuskan kepada perkongsian pendidikan secara dalam talian.
Untuk sesi kaunseling individu, para pelajar dan pelayar blog, boleh hubungi email saya. Para pelajar juga digalakkan bertemu saya di sekolah. Sekian terima kasih.





