Welcome to My

Blog

Monday, September 24, 2012

Permohonan Ke ILP, ADTEC, JMTI - ILJTM Januari 2013

Permohonan Ke ILP, ADTEC, JMTI - 
ILJTM Januari 2013



PANDUAN AM KEMASUKAN KE ILJTM (ILP,  ADTEC, JMTI)

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), enam (5) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). 

Pengambilan Pelajar

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan pada sesi yang berkenaan akan diproses untuk kemasukan sesi yang akan datang.

Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui:

a) Laman web JTM www.jtm.gov.my/online bagi permohonan kemasukan Sesi Januari (tiada No Unik ID diperlukan)

b) Laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi permohonan kemasukan Sesi Julai (pembelian No Unik ID diperlukan)

Pilihan Institut & Kursus Di ILJTM

Setiap pemohon bebas memilih institusi latihan, namun JTM adalah berhak untuk menentukan  institusi latihan dan kursus yang akan ditawarkan jika pemohon tidak layak/ tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan atau tiada kekosongan tempat .

Pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja bagi satu-satu sesi. Pemilihan kursus hendaklah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Bayaran

Yuran pengajian adalah percuma bagi semua kursus di peringkat Sijil dan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK) disediakan bagi pelajar program pengajian Diploma  & Diploma Lanjutan (bagi yang layak).

Lain-lain bayaran akan dikenakan semasa hari pendaftaran (Anggaran bayaran pendaftaran adalah antara RM400-RM700 tertakluk kepada institut).

Elaun sara hidup RM100 sebulan dan RM300 sebulan semasa latihan industri (bagi program peringkat Sijil sahaja).

Bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), elaun sara diri RM300 sebulan dan yuran pengajian percuma.

Syarat Kemasukan Am ILJTM

A. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SPM:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM;
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
B. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SKM /ST:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM & ST;
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
KOMPOSISI LATIHAN


MAKLUMAT PENTING:

1.
Petak bertanda (*) wajib diisi untuk membolehkan permohonan dihantar.
2.
Anda mempunyai tiga (3) kali sahaja peluang mengemaskini maklumat permohonan.
3.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses untuk kemasukan ke ILJTM.

Sila baca maklumat di bawah sebelum anda membuat permohonan (Pastikan anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail dibawah

 Panduan Am Kemasukan, klik di sini.

Panduan Syarat Kemasukan Ke ILP, ADTEC Bagi Lepasan SPM, klik di sini

Panduan Syarat Kemasukan Ke Lepasan SKM, ST, klik di sini

MAKLUMAT AM ILJTM



Pengenalan




Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), enam (5) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan,Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

Kemudahan Yang Disediakan

ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.

Senarai Kursus Sijil di ILP

KOMPUTER

KURSUS: Teknologi Komputer (Rangkaian) (Computer Technology (Networking))

ILP: Muar, Pedas, Kangar, Kuala Langat, Arumugam Pillai & Mersing.


TEMPOH PENGAJIAN:
21 bulan


PERSIJILAN:
(i) SKM Tahap 2 & 3
(ii) Sijil Teknologi


KETERANGAN KURSUS:

 
Dalam kursus ini, pelajar akan diajar memasang, membangun, mentadbir, menyelenggara sistem rangkaian dan sistem keselamatan komputer, network operating system serta network administration dan pendedahan kepada teknologi maklumat dan komunikasi.


PELUANG KERJAYA:


Juruteknik Rangkaian Komputer atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang rangkaian komputer.


KELAYAKAN AKADEMIK
SPM atau setaraf dengannya, KEPUJIAN Matematik/ Matematik Tambahan, Sains/Fizik/ Subjek Teknikal dan LULUS Bahasa Melayu
 
KURSUS: Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) (Software Technology (Multimedia Interactive))

ILP: Selandar, Kuala Langat & Arumugam Pillai


TEMPOH PENGAJIAN:

 
21 bulan



PERSIJILAN:
(i) SKM Tahap 2 & 3
(ii) Sijil Teknologi


KETERANGAN KURSUS:

 
Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari pengkodan program dan membangunkan serta menguji user interface program, penghasilan objek 2D dan 3D serta animasi dan mengubahsuai penghasilan multimedia.


PELUANG KERJAYA:

 
Pembantu Perekabentuk Multimedia (Animasi & Visual / Audio / Video / Pengarangan) atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang multimedia.



KELAYAKAN AKADEMIK
SPM atau setaraf dengannya, KEPUJIAN Matematik/ Matematik Tambahan, Sains/Fizik/ Subjek Teknikal dan LULUS Bahasa Melayu



SIVIL
ELEKTRIKAL
PERCETAKAN

KURSUS: Teknologi Percetakan (Grafik) (Printing Technology (Graphic))

ILP: Kuala Lumpur & Arumugam Pillai



TEMPOH PENGAJIAN:
15 bulan (Arumugam Pillai)
27 bulan (ILP Kuala Lumpur)




PERSIJILAN:
(i) SKM Tahap 1 & 2 (Arumugam Pillai) SKM Tahap 3 (Kuala Lumpur)
(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP), Sijil Teknologi (Kuala Lumpur sahaja)


KETERANGAN KURSUS:

 
Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan komputer Apple dan perisian yang berkaitan bidang penerbitan seperti Adobe Illustrator, Page Maker, Photoshop serta Quark Express. Merekabentuk grafik, membuat lay-out & memproses filem sebelum proses percetakan.


PELUANG KERJAYA:
Artis DTP (Desktop Publishing Artist) / Pereka Grafik atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang percetakan.


KELAYAKAN AKADEMIK
SPM atau setaraf dengannya dan LULUS Bahasa Melayu.


KURSUS: Teknologi Plastik (Plastics Technology) 
ILP: Bukit Katil, Jitra & Muar
TEMPOH PENGAJIAN:
15 bulan
27 bulan (Bukit Katil sahaja)
PERSIJILAN:
(i) SKM Tahap 1 & 2 SKM Tahap 3 (Bukit Katil sahaja)
(ii) Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) Sijl Teknologi (Bukit Katil sahaja)

KETERANGAN KURSUS:
 
Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengenai teori sifat dan ciri-ciri plastik (polimer).
Membuat pengadunan bahan-bahan plastik dan bahan tambah, asas rekabentuk acuan plastik.
Mengendalikan mesin pemprosesan produk plastik seperti proses-proses ‘injection moulding’, ‘blow moulding, ‘extrusion’, ’blown film’, ‘compression
moulding’, dan ‘vacuum forming’.
Pelajar juga diajar mengenalpasti, membaik pulih, mencegah masalah produk, pemprosesan dan mengoptimakan pengeluaran. Membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk. Penyelenggara mesin, alatan dan acuan.

PELUANG KERJAYA:
Juruteknik Pengeluaran berasaskan Produk Plastik atau pekerjaan lain yang berkaitan.

KELAYAKAN AKADEMIK
SPM atau setaraf dengannya, KEPUJIAN Matematik/ Matematik Tambahan, Sains/Fizik/ Subjek Teknikal dan LULUS Bahasa Melayu


JMTI

Pengambilan Pelajar Baru JMTI Sesi Januari 2013

Kursus yang ditawarkan:
J01 Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
J02 Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
J03 Diploma Teknologi Kejurteraan Elektronik
J04 Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

Syarat kemasukan ialah SPM dengan 5 kredit : BM, BI, Math/Math Tambahan, Sains/Fizik dan satu Matapelajaran Teknikal lain.
Umr : 17 hingga 35 tahun

Kursus yang ditawarkan:
J01A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
J02A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Komputer
J03A Sijil Asas Teknologi Kejurteraan Elektronik
J04A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

Syarat kemasukan ialah Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2012 dengan 5 kredit :


 BM, BI, Math/Math Tambahan, Sains/Fizik dan satu Matapelajaran Teknikal lain.

Umur : 18 Tahun

Semua permohonan melalui laman web www.jtm.gov.my mulai 24 September 2012.
Tarikh tutup permohonan 24 Oktober 2012.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan di talian 04-5087800 sambungan 2204/2995.


Senarai ILJTM Mengikut Negeri
    1. Wilayah Persekutuan:ILP Kuala Lumpur, ILP Labuan
    2. Selangor: ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam
    3. Negeri Sembilan: ILP Pedas
    4. Pulau Pinang: ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai, JMTI
    5. Kedah: ILP Jitra, ADTEC Kulim
    6. Perak: ILP Ipoh, ADTEC Taiping
    7. Perlis: ILP Kangar
    8. Kelantan: ILP Kota Bharu
    9. Terengganu: ILP Kuala Terengganu
    10. Pahang: ILP Kuantan
    11. Johor: ILP Mersing, ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat
    12. Melaka: ILP Bukit Katil, ILP Selandar, ADTEC Melaka
    13. Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
    14. Sarawak: ILP Kota Samarahan, ILP Miri 


Senarai Alamat ILJTM

IBU PEJABAT JTM

Ketua Pengarah,
Jabatan Tenaga Manusia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel: 03-8886 5555
Faks: 03-8889 2417
Web: http://www.jtm.gov.my
Email: jtm@mohr.gov.my

 


Wilayah Persekutuan

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur,
Jalan Kuchai Lama,
58200 WP Kuala Lumpur.
Tel  : 03-7981 7495 / 96
Faks: 03-7983 2987
Web: http://www.ilpkl.gov.my
Emel: aduan@ilpkl.gov.my
Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Labuan,
Jalan Mohd Salleh,
P.O Box 80849,
87018 WP Labuan.
Tel   : 087-414 911
Faks : 087-422 500
Web: http://www.ilplabuan.gov.my
Emel: pertanyaan@ilplabuan.gov.my




Selangor
 
Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian
Kuala Langat,
Jalan Jugra,
42700 Banting, Selangor.
Tel   : 03-3120 4600
Faks : 03-4120 4440
Web: http://www.ilpkls.gov.my
Emel: pengarah@ilpkls.gov.my


Pengarah,
Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam,
Lot 5934, Batu 6, Off Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34,
40470 Shah Alam, Selangor.
Tel   : 03-5161 2622
Faks : 03-5161 2651
Web: http://www.adtecsa.gov.my
Negeri Sembilan

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Pedas,
Lot 3298, Jalan Pedas Linggi,
71400 Pedas, Negeri Sembilan.
Tel  : 06-6853564
Faks: 06-685 3570 / 77
Web: http://www.ilppedas.gov.my
Emel: admin@ilppedas.gov.my


Pulau Pinang

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas,
Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Tel: 04-577 6100
Faks: 04-577 6144
Web: http://www.ilpkbpp.gov.my
Emel:-


Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai,
Lot 549, Mukim 7,Jalan Bukit Panchor,
14300 Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Tel   : 04-595 6000
Faks : 04-595 6006
Web: http://www.ilpapnt.gov.my

Kedah

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Jitra,
Bandar Darul Aman,
06000 Jitra, Kedah.
Tel: 04-916 1926
Faks: 04-916 2367
Web:http://www.ilpjitra.gov.my
Emel: admin@ilpjitra.gov.my


Pengarah,
Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim,
Lot 635, Jalan Mahang,
09500 Karangan, Kedah.
Tel: 04-404 2975
Faks: 04-404 2971 / 72
Web: http://www.adteckulim.gov.my
Emel:-
Perak

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Ipoh,
Kawasan Perindustrian Taman Meru,
30020 Ipoh, Perak.
Tel: 05-527 7777
Faks: 05-527 0702
Web: http://www.ilpipoh.gov.my
Emel:-


Pengarah,
Pusat Latihan Teknologi Tinggi Taiping,
PT 15643, Kemunting Raya,
Mukim Asam Kumbang,
36400 Kemunting, Taiping, Perak.
Tel: 05-801 2600
Faks: 05-801 2602
Web: http://www.adtectaiping.gov.my/
Emel:-

Perlis

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kangar,
Padang Behor, Mukim Sena,
01000 Kangar, Perlis.
Tel   : 04-979 4000
Faks : 04-977 7663
Web : http://www.ilpkangar.gov.my
Emel : info@ilpkangar.gov.my

ILP Kelantan

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel  : 09-774 2448
Faks: 09-774 1445
Web: http://www.ilpkb.gov.my
Emel:-

ILP Terengganu

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu,
Kawasan Perindustrian Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel   : 09-665 2100
Faks : 09-666 0806
Web: http://www.ilpkt.gov.my
Emel:-

ILP Pahang

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kuantan,
Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang.
Tel   : 09-580 1620
Faks: 09-583 3587
Web: http://www.ilpkuantan.gov.my
Emel: pengarah@ilpkuantan.gov.my


ILJTM Johor

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Ledang,
Km 43, Jalan Segamat,
84020 Sagil, Johor.
Tel   : 06-977 3800
Faks: 06-977 3795
Web: http://www.ilpledang.gov.my
Emel:-
Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang,
Jalan Gangsa,
81700 Pasir Gudang, Johor.
Tel   : 07-254 4170
Faks : 07-251 1910
Web: http://www.ilppg.gov.my
Emel : pengarah@ilppg.gov.my


Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Mersing,
Lot 16109, Km 16, Jalan Jemaluang,
86800 Mersing, Johor.
Tel  : 07-792 1700 / 01
Faks: 07-792 1704
Web: http://www.ilpmsg.gov.my
Emel: info@ilpmsg.gov.my 


Pengarah,
Pusat Latihan Teknologi Tinggi Batu Pahat
Km 8, Jalan Tanjung Labuh,
Mukim Minyak Beku,
83000 Batu Pahat, Johor.
Tel: 07-428 7722 / 33
Faks: 07-428 5290
Web: http://www.adtecbp.gov.my
Emel:-

Melaka

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil,
Lot 1729, Mukim Bukit Katil,
75450 Bukit Katil, Melaka
Tel   : 06-232 0600
Faks: 06-232 9600
Web: http://www.ilpmelaka.gov.my
Emel:-


Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Selandar,
Lot 1468, Jalan Batang Melaka,
77500 Selandar, Melaka.
Tel   : 06-525 1244
Faks : 06-525 1255
Web: http://www.ilpselandar.gov.my
Emel: pengarah@ilpselandar.gov.my


Pengarah,
Pusat Latihan Teknologi Tinggi Melaka, Mukim Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka
Tel   : 06-552 7227
Faks : 06-552 7231
Web : http://www.adtecmlk.gov.my
Emel:-

Sarawak


Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Lot 249, Blok 14,
Sarawak Natural Resource Park,
P.O. Box (P) 147,Jalan Tun Abdul Razak,
93457 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-465100
Faks: 082-465114
Web: http://www.ilpks.gov.my
Emel:-


Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Miri,
Lot 3226, Blok 6, Mukim Bandar Baru,
Permyjaya, Kuala Baram,
98100 Miri, Sarawak.
Tel: 085-655540
Faks: 085-653523
Web: http://www.ilpmiri.gov.my
Emel:-

Sabah

Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Jalan 3 KKIP Selatan,
88450 Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel   : 088-499825
Faks: 088-499851
Web: http://www.ilpkk.gov.my
Emel: info@ilpkk.gov.my 


Pengarah,
Institut Latihan Perindustrian Sandakan, Batu 5, Jalan Sibuga,
90000 Sandakan, Sabah
Tel   : 089-240500
Faks: 089-240555
Web: http://www.ilpsdk.gov.my
Emel: pengarah@ilpsdk.gov.my

CARA MEMOHON:

Permohonan online sahaja sila klik di sini.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI;

Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia ,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Tel:+603-88865555
  Faks:+603-88892417
E-mel: jtm@mohr.gov.my


87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014



5 comments:

fakir kie said...

lepas stdy nie boleh dapat terus pekerjaan kew

fakir kie said...

lepas study dapat terus ker pekerjaan

Cikgu Kaunseling Ma said...

fakir kie

bergantung kpd rezeki juga.

ada bekas pelajar asaya yg futher study ke sini terus dapat kerja lepas belajar, ada yang kerja lain dulu baru dpt kerja yg sesuai dgn kelulusan yg ada. yg penting belajar dulu.

Hjh Hasnah bt Abdullah said...

Aslm Cikgu! Apa beza Dip Kimpalan di ADTEC BP n SA serta MFI? Sebab di BP ada progrem TWI sedangkan yg lain takda disebut! Sekian, tq, wslm

Anonymous said...

Assalamualaikum..cikgu..saya plajar tahun 3 tatiuc@terengganu advance training institute universty college.....then lepas nie sya nk continue kat adtec kemaman..untuk lanjutan diploma dlam course instrument process..boleh kah?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .