Welcome to My

Blog

Thursday, September 13, 2012

Permohonan Program Sijil Harta Tanah INSPEN Lepasan SPM

Permohonan Program Sijil Harta Tanah INSPEN Lepasan SPM 

 (Artikel ini telah disiarkan pada 7 Septmber 2012 dan akan menjadi entry awal hingga 5pm 13/9/2012)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita gembira kepada lepasan SPM 2011, yang berminat menceburi bidang Penilaian Harta Tanah, anda dipelawa memohon melanjutkan pengajian ke INSPEN. 

Bagi saya, peluang untuk para pelajar sekarang melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam semakin meluas. Jadi Cepat ya. Bagi lepasan SPM yang berminat, boleh mohon sekarang. Tarikh tutup pada 19 September 2012.

Oh iya entry entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA atau ke IPTS di blog ini, adalah secara percuma dan tiada bayaran daripada mana-mana pihak. Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan dalam bidang pendidikan sebenarnya.
 
Jadi, para lepasan SPM yang belum mendapat tawaran ke mana-mana IPT, apakata anda mohon INSPEN? 

Berminat dengan Pendidikan Harta Tanah? Inilah peluangnya. INSTITUT PENILAIAN NEGARA, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia (INSPEN), menawarkan kursus di peringkat sijil, terbuka kepada Lepasan SPM, iaitu;
• Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
• Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)

SPHT adalah program pertama seumpamanya yang dijalankan di Malaysia. Kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja.


SPGT merupakan program kedua yang dijalankan oleh INSPEN. Program SPGT bertujuan untuk mengeluarkan graduan bagi mengisi kekurangan tenaga separa profesional yang terlatih dalam bidang pengurusan harta tanah sama ada di sektor awam atau swasta. Seperti SPHT, kandungan program ini juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja.

Semua kurikulum program sijil ini telah:
  1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  2. Diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  3. Disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) dan Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM).
  4. Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebagai setaraf dengan Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dengan itu, lulusan SPHT INSPEN yang menjawat jawatan Pembantu Penilaian Gred W17 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia menikmati tangga gaji permulaan pada peringkat P1T9.
  5. Diiktiraf oleh University of Western Sydney (UWS), Australia. Dengan itu, lulusan SPHT INSPEN layak menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam Bachelor of Business and Commerce (Property) di UWS mengikut merit yang ditetapkan.
  6. Diiktiraf oleh Queensland University of Technology (QUT), Australia. Dengan itu, lulusan SPHT INSPEN layak menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam Bachelor of Urban Development di QUT mengikut merit yang ditetapkan.

Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke INSPEN Sesi November 2012 Untuk Lepasan SPM Kini telah diBuka. Tunggu apa lagi? 

Pusat Latihan
  INSPEN merupakan sebuah institusi yang mengendalikan latihan dalam perkhidmatan. INSPEN merupakan satu-satunya pusat latihan yang menawarkan latihan di dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta di Malaysia. Latihan ditawarkan kepada semua pihak yamg terlibat di dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta sama ada dari sektor awan mahupun swasta.
Pada 2 November 2001, Bahagian Latihan telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia International Organisation For Standardization daripada SIRIM Berhad untuk pensijilan MS ISO 9001:2000. Tarikh sijil sedia ada sah sehingga  1 November 2010.

Dasar Kualiti Pusat Latihan ialah : 

INSPEN akan memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, sesuai dengan kehendak pelanggan, dan menepati keperluan industri harta tanah dengan memberi penekanan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan.
Objektif Kualiti Pusat Latihan ialah :
Mengendalikan semua Program Latihan yang dirancang setiap tahun.
Mengedar Buku Program Latihan Tahunan kepada pelanggan sebelum 31 Januari tahun berkenaan.
Memastikan purata pencapaian objektif setiap program latihan mencapai sekurang-kurangnya 75%.
Memastikan purata pencapaian prestasi pensyarah mencapai sekurang-kurangnya 70%.

5

Pengenalan – Pusat Akademik 


Kuasa bagi INSPEN menjalankan program pendidikan termaktub dalam Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 (pindaan 1999). Seksyen 4(i)(bc) Akta tersebut telah memperluaskan skop fungsi Ketua Pengarah Penilaian untuk meliputi perkhidmatan pendidikan. Justeru itu, bagi menjalankan program pendidikan ini, INSPEN telah berdaftar sebagai sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan mengikut peruntukan seksyen 79, Akta Pendidikan 1996, pada 21 Ogos 2003 dengan No. Pendaftaran B/IPTK/II [034]. Maka, Pusat Akademik telah diwujudkan yang merangkumi dua cabang utama iaitu pengurusan akademik dan hal-ehwal pelajar.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Sila terjah laman web rasmi INSTITUT PENILAIAN NEGARA untuk melihat syarat-syarat kursus ini, atau juga terus ke SINI
Permohonan secara dalam talian (online) di laman sesawang Inspen

Harap Maaf! Sila gunakan Internet Explorer (versi 6 dan keatas) untuk menggunakan sistem ini.



Mohon Sekarang.

SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN:

Institut Penilaian Negara
Institut Penilaian Negara 5 Persiaran Institusi
43000 Kajang, Malaysia
03-8925-9377


4 comments:

nur said...

ckgu kaunseling, inspen ni lepas belajar terus dapat kerja macam spa ke?

Cikgu Kaunseling Ma said...

Nur,
kena apply kerja selepas tamat belajar di INSPENS.

Anonymous said...

ckgu. . . . saya nk masuk SMKANI
mane ye laman web nye???

Farrah Mawan said...

Cikgu, INSPEN ni tak mcm INSTEP PETRONAS ke? Lepas tamat belajar akan dijamin pekerjaan.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .