Welcome to My

Blog

Wednesday, September 12, 2012

Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA Yayasan FELDA

Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA Yayasan FELDA

Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak peneroka FELDA, khususnya para mahasiswa anak-anak peneroka FELDA dari SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2 dan sekitarnya, rebutlah peluang ini sebaik-baiknya. Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA bagaimanapun terbuka kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia.

BANTUAN PENGAJIAN TINGGI KEPADA PELAJAR-PELAJAR IPTA

Yayasan Felda menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa, geran pelajaran dan dermasiswa kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang mengikuti bidang pengajian sepenuh masa.

Yayasan Felda menawarkan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA.

Kelayakan & Syarat Memohon

1.   Warganegara Malaysia dan telah diterima belajar sepenuh masa di IPTA dalam negara dan tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana agensi atau institusi kewangan.

BIDANG PENGAJIAN


Semua bidang di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Keutamaan diberi kepada pemohon yang mengikuti kursus di bidang professional, teknikal dan pertanian. Permohonan bagi mereka yang bertukar bidang kursus tidak diberi pertimbangan.

2. Kelulusan akademik telah mencapai kelayakan dan keputusan minima seperti berikut :-

• Ijazah Pertama

- STPM – sekurang-kurangnya mencapai dua subjek dengan gred A dan dua subjek lagi gred B serta lulus Kertas AM.

ATAU

- Lulus peringkat Matrikulasi/Diploma/Keputusan Semester terakhir CGPA (PNGK) melebihi 3.0.

• Ijazah Lanjutan Sarjana Atau Doktor Falsafah
- Lulus Kelas Dua Atas peringkat Ijazah Pertama.

• Pengajian Melalui Kerja Kursus (Course Work)
- Pemohon-pemohon hendaklah mencapai Kelas Dua Atas di peringkat Ijazah Pertama atau CGPA 3.0 ke atas dalam peperiksaan semester terakhir peringkat sarjana semasa memajukan permohonan.

3. Pemohon hanya layak menerima sekali sahaja bantuan pelajaran untuk tahun berkenaan. Sekiranya pemohon berkehendakkan bantuan selanjutnya, pemohon hendaklah memajukan pemohonan baru dan dikehendaki memenuhi syarat-syarat minima dan menghadiri temuduga.

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

SKOP PEMBIAYAAN

i)          BIASISWA (UNTUK IJAZAH PERTAMA SAHAJA)

Yuran pengajian dan elaun sara hidup (RM 400/ sebulan) bagi tempoh pengajian.

ii)         GERAN PELAJARAN (UNTUK IJAZAH PERTAMA/ IJAZAH LANJUTAN)

Yuran pengajian dan elaun sara hidup (RM 300/ sebulan0 bagi tempoh setahun. Penyambungannya bergantung kepada prestasi pelajar.

DERMASISWA (UNTUK IJAZAH PERTAMA/ IJAZAH LANJUTAN)

·                           Perbelanjaan/penyaraan untuk membantu pelajar yang membiayai pengajian sendiri meneruskan pengajian disebabkan pustus punca kewangan kerana kematian penjaga/ kesulitan kewangan penjaga atau tamat tempoh penajaan oleh penaja yang bukan disebabkan kegagalan akademik/ melanggar syarat-syarat penajaan di surat perjanjian.

·                           Perbelanjaan menyediakan tesis pada yang tiada menerima sebarang bantuan dari mana-mana penaja.

·                           Amaun pembiayaan tertakluk kepada keperluan sebenar yang disahkan oleh pihak Fakulti/ Jabatan berkenaan.

CARA MEMOHON: 

 Permohonan terbuka sepanjang tahun.

Permohonan melalui borang yang boleh diperolehi dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti.

Cara Pertama: Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Yayasan Felda .

Cara kedua: Muat turun di website Yayasan Felda. Borang Skim Bantuan Pelajaran Tinggi di sini

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukankan kepada;

Pengurus Besar
Yayasan Felda
Tingkat 2, Blok G
Anjung Felda
Jalan Maktab
54000 Kuala Lumpur

Tel                          : +603 26934224
Fax                         : +603 26931244
Emel                       : yayasan@felda.net.my
Waktu pejabat       :  Isnin - Jumaat
8.15 pagi  - 5.15 petang

Hanya calon yang layak dan di senarai pendek akan dihubungi untuk temuduga. Untuk maklumat lanjut Sila layari website rasmi Yayasan Felda http://www.yayasanfelda.net.my atau bertemu dengan Unit HEP bagi mahasiswa.


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

1 comments:

Anonymous said...

Kenapa setelah 6 bulan saya hanya mendapat sekali elaun sebanyak Rm 450 sedangkan saya dijanjikan akan mendapat setiap bulan...saya amat memerlukan dan harap pihak tuan dapat menyelesaikan masaalah saya segera

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .