Welcome to My

Blog

Tuesday, December 18, 2012

Cara Sujud Syukur Kepada Allah

Cara Sujud Syukur Kepada Allah


Sujud Syukur bermaksud sujud apabila mendapat sesuatu nikmat, sesuatu yang kita hajati, mencapai kejayaan atau terhindar daripada bencana, maka sewajarnyalah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.



Sujud syukur dilakukan sebagai tanda kesyukuran di atas anugerah yang Allah kurniakan, maka sewajarnya kita menjadikan  sujud syukur amalan harian kita. Apabila  kita di khabarkan dengan berita baik dan mengembirakan, laksanakanlah sujud syukur.

Sujud syukur  dilakukan di luar solat apabila mendapat sebarang nikmat atau terlepas dari bahaya dan bala bencana atau melihat bala bencana.


Contohnya, dikurniakan zuriat setelah bertahun-tahun mengimpikannya, berita kejayaan peperiksaan anda, berita kejayaan anak-anak atau orang tersayang, malah apa sahaja yang dikira berita gembira dan baik. 






Sujud syukur ini juga dilakukan atas sebab terhindar daripada musibah, bahaya atau malapetaka.

Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda. Hakikatnya, nilai nyawa itu tiada taruhan.

Daripada Abu Bakrah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila menerima suatu perkara yang menyenangkan atau diberi khabar gembira, segera baginda menunduk sujud sebagai tanda syukur kepada Allah Taala. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahasa Ali bin Abi Talib menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu mengenai suku Hamzan yang memeluk Islam. 


Baginda terus tunduk bersujud, kemudian mengangkat semula kepalanya dan bersabda : 
``Selamat sejahtera ke atas suku Hamzan, selamat sejahtera ke atas suku Hamzan.''

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. 

Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:

Syarat-syarat sujud syukur
 
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : 

 
a. Suci dari hadath besar dan kecil.
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 
c. Menghadap ke kiblat 
d. Menutup aurat 
 


Rukun sujud syukur
 
1.   Niat .
Berniat untuk sujud syukur.

            SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
 
2.  
Mengangkat Takbiratulihram. Membaca takbiratul ihram,( ALLAHUAKBAR ) .
 
3.    Satu kali sujud.
Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 

4.    Bangkit dari sujud.

5.    Memberi salam .



Bacaan dalam sujud Syukur


 
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR (3x)

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam Bahasa Melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam Bahasa Melayu batal sujud syukur tersebut) 

     "YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 
 
(BACA dalam hati je)"



Istimewanya sujud syukur ini tidak disyaratkan untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid, surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan  tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain.

 Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya. 




Cara Sujud Syukur - Ustaz Azhar Idrus, sila klik di sini.


Melakukan Sujud Syukur ada yang mengatakan harus memenuhi syarat-syarat solat, tetapi yang sebenarnya ia tidak memerlukan syarat-syarat sebagaimana syarat solat.

Ini berpandukan kepada Imam Shaukani yang berkata: ``Dalam Sujud Syukur tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat sujudnya.''




Seperkara lagi tentang Sujud Syukur ialah ia tidak boleh dikerjakan di dalam solat dan tiada bacaan khusus ketika sujud.



 Rujukan :  http://baheis.islam.gov.my/



2 comments:

Andry Hartawan said...

Menentukan waktu ibadah, seperti merutinkannya tiap hari, perlu ada dalil yang memerintahkannya. Imam An Nawawi dalam kitab Al Majmu’, yang merupakan kitab fiqih madzhab Syafi’i, beliau berkata :
قال الشافعي والأصحاب: سجود الشكر سنة عند تجدد نعمة ظاهرة واندفاع نقمة ظاهرة، سواء خصته النعمة والنقمة أو عمت المسلمين… ولا يشرع السجود لاستمرار النعم، لأنها لا تنقطع
“Imam Asy Syafi’i dan murid-murid beliau berkata, sujud syukur hukumnya sunnah dilakukan ketika mendapatkan nikmat yang besar atau ketika terhindar dari musibah yang besar. Baik nikmat dan bencana yang khusus bagi seseorang, maupun yang dialami kaum muslimin pada umumnya. Namun tidak disyariatkan sujud syukur untuk nikmat yang terus-menerus, karena nikmat dari Allah itu tidak pernah putus“.

Dari artikel 'Sujud Syukur Setiap Selesai Shalat — Muslim.Or.Id'

Andry Hartawan said...

Menentukan waktu ibadah, seperti merutinkannya tiap hari, perlu ada dalil yang memerintahkannya. Imam An Nawawi dalam kitab Al Majmu’, yang merupakan kitab fiqih madzhab Syafi’i, beliau berkata :
قال الشافعي والأصحاب: سجود الشكر سنة عند تجدد نعمة ظاهرة واندفاع نقمة ظاهرة، سواء خصته النعمة والنقمة أو عمت المسلمين… ولا يشرع السجود لاستمرار النعم، لأنها لا تنقطع
“Imam Asy Syafi’i dan murid-murid beliau berkata, sujud syukur hukumnya sunnah dilakukan ketika mendapatkan nikmat yang besar atau ketika terhindar dari musibah yang besar. Baik nikmat dan bencana yang khusus bagi seseorang, maupun yang dialami kaum muslimin pada umumnya. Namun tidak disyariatkan sujud syukur untuk nikmat yang terus-menerus, karena nikmat dari Allah itu tidak pernah putus“.

Dari artikel 'Sujud Syukur Setiap Selesai Shalat — Muslim.Or.Id'

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .