Followers

Tentang Blog Ini

Penulis Blog: Cikgu Cr. Ma.

Kehadiran blog ini adalah untuk memeriahkan dunia pendidikan maya terutama dalam e-kaunseling. Tujuan blog ini diwujudkan sebagai pemudahcara pemilik blog berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya khususnya ketika di SMK Bandar Tun Razak, Keratong, Rompin, Pahang pada 2006-07. Atas sebab tertentu blog diprivatekan pada 2008-2010.

Kini blog ini dibuka kembali untuk kemudahan semua pihak saling berkongsi ilmu. Cuma ada artikel berkaitan agak peribadi antara saya dan bekas pelajar di SMK Bandar Tun Razak telah saya privatekan. Blog ini mula diwujudkan ketika pemilik blog 'bed ridden' kemudian berkerusi roda.

Blog cikgukaunseling.com dibina untuk saling berkongsi dan memberi pendidikan secara maya berkaitan kemahiran belajar, kemahiran pengurusan diri, artikel berkaitan motivasi, petua dan tip mengemudi hati serta cinta, maklumat berkaitan kerjaya, informasi hala tuju selepas alam persekolahan, maklumat IPT, tip mengatasi ketagihan bahan memabukkan dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan Bimbingan dan kaunseling di kalangan pelajar sekolah menengah.

Segala komen membina daripada pengunjung blog sangat diraikan. Jika ada pelayar blog yang sudi memberi jawapan segera kepada pelayar blog ini sangat saya hargai. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Di blog ini saya lebih kepada blog pendidikan. Ada pelayar blog minta saya cerita kisah hidup saya di sini tetapi saya mohon maaf saya tidak dapat memuatkan cerita peribadi saya di sini kerana ini blog pendidikan yang difokuskan kepada perkongsian pendidikan secara dalam talian.

Untuk sesi kaunseling individu, para pelajar dan pelayar blog, boleh hubungi email saya. Para pelajar juga digalakkan bertemu saya di sekolah. Sekian terima kasih.

Biasiswa

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

SEMAKAN MARKAH KOKO ONLINE LEPASAN SPM, STPM STAM 2012

SEMAKAN MARKAH KOKO ONLINE 

LEPASAN SPM, STPM STAM 2012 

APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH

KOKURIKULUM TAHUN 2012

 
  

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian 10% Markah Kokurikulum SebagaiSyarat Kemasukan ke Institusi Pengajian Awam (IPTA) Sesi 2013/2014 bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2012 akan dibuka mulai 17 Disember 2012 sehingga 31 Januari 2013. 



Aplikasi ini untuk pihak pentadbir  dan pengurusan sekolah. dI SINI

Aplikasi Semak Markah Koko Online

Lepasan SPM STPM STAM 2012


SEMAKAN MARKAH KOKO ONLINE

Aplikasi kepada lepasan SPM, Lepasan STPM, Lepasan STAM 2012, kamu boleh membuat semakan markah koko anda di sini.



Kamu mestilah memasukkan no kad pengenalan kamu untuk membuat semakan markah koko kamu.

 Muat-turun manual pengguna untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

Data calon STPM masih belum dapat dimuat-naik buat masa sekarang. Harap maklum.

Gunakan saluran email untuk membuat pertanyaan.

Tempoh mengisi markah dari
17 Dis 2012 - 31 Jan 2013.

Muat turun manual berikut:
Pengguna Sekolah :
Manual Pengguna Sekolah <Muat Turun>
Pengguna JPN :
Manual Pengguna JPN <Muat Turun>
Pengguna Bahagian :
Manual Pengguna Bahagian <Muat Turun>
**klik kanan dan pilih "Save target as..."


Sila layari Laman Web KPM atau http://apps.moe.gov.my/emkoko/, DI sini untuk membuat kemasukan dan semakan markah. 

Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi:

Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian, 
Kementerian Pelajaran Malaysia,
   Aras 3, Blok E9,
 Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
 62604 Putrajaya.

No. Tel  : 03 - 8884 1341
No. Fax : 03 - 8888 6790


Sekian, terima kasih.





5 Responses
  1. littlemuslimah Says:

    nak tanye.. saya bdak lepasan SPM2012, saya bwat semakan mrkah koko.. mrkah yg diberi tu sudah diperatuskan kew... atau itu mmg mrkah betol..

  2. NurulMirotic[NSHS] Says:

    Assalamualaikum . Saya mahu bertanya , jika sesusah semak di application kokurikulum kita akan mendapat 10% markah . Jika mahu memohon ke UPU adakah markah itu perlu didarab dengan 10 lagi ?

    Bagi SPM dan STPM

  3. Anonymous Says:

    Markah penuh berapa?

  4. Anonymous Says:

    adakah markah koko yang terpapar merupakan CGPA? kalau tidak bagaimana tukarkan ke CGPA

  5. daniel voguistarz Says:

    Markah yg dinyatakan pda sya adalah 6.18 dalam web itu. Itu satu yang bagus atau tidak cikgu?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs