Peluang Kedua Lepasan SPM Prog Pra Diploma UiTM
Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM
Adalah dimaklumkan, permohonan ke program
Pra Diploma MDAB telah
dibuka. Sekiranya berminat, hendaklah memohon dengan kadar segera.
Penubuhan program MDAB (
Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah
bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan
Bumiputera yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM2,000
sebulan.
Pelajar yang lulus dalam
MDAB layak ditawarkan ke program Diploma mengikut syarat-syarat
kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM.
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja
Keputusan penawaran oleh UiTM adalah MUKTAMAD
Syarat-syarat kemasukan ke program PD002 (Pra Diploma Perdagangan):
1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Lulus Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris
Syarat-syarat kemasukan ke program PD007 (Pra Diploma Sains):
1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Kredit Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris
4) Lulus salah satu (1) matapelajaran berikut: Fizik, Kimia, Biologi, atau Sains Tambahan
Umur pemohon hendaklah tidak melebihi 23 tahun semasa tarikh permohonan.
Maklumat Program
Pra-Perdagangan (PD002)
1 semester / 6 bulan
Brosur Pra Perdagangan klik di sini
Info Program
Program ini memberi tumpuan kepada asas Bahasa Inggeris dan Matematik
Peluang Melanjutkan Pelajaran:
Setelah tamat program ini,
calon-calon boleh melanjutkan pengajian ke program diploma yang
ditawarkan oleh fakulti di UiTM seperti Fakulti Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi,
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Pengurusan dan
Teknologi Pejabat, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media.
Pra-Sains (PD007)1 hingga 2 semester / 6 hingga 12 bulan
Brosur Pra-Sains (PD007) klik di sini
Info Program
Program ini memberi tumpuan
kepada asas Sains dan Matematik. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah
Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Setelah tamat program ini,
calon-calon boleh melanjutkan pengajian di mana-mana program diploma
berasaskan sains dan teknologi yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM
seperti Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi,
Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Seni Bina, Fakulti Perancangan &
Ukur, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Sukan
& Rekreasi
Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh didapati sendiri di:-
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang, Malaysia
Telefon: 09-4602196/2190/2197/2198/2106
Faks: 09-4602208
- Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan sendiri atau dihantar ke alamat berikut:-
Sekretariat
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang
Lintasan Semarak
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang Darul Makmur
Bagi Rakyat Terengganu (Bumiputera), Borang ini boleh didapatkan daripada Cik Raslina Mohamed Nor (Koordinator
unit MDAB, Bilik KP06 - Blok Intelek) atau En. Mohd Nasrul Mizan
(Penolong Pendaftar, Bahagian Pentadbiran).
*Pihak UiTM berhak menolak permohonan/menarik balik surat tawaran sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.
Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan untuk memohon kemasukan MDAB.
•
Borang Permohonaan klik di sini
•
Borang Pengesahan Pendapatan, klik di sini
Pautan:
•
Facebook Unit MDAB UiTM (Terengganu) – Kampus Dungun