Welcome to My

Blog

Friday, August 30, 2013

Permohonan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Julai 2013

Permohonan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Julai 2013 Sesi Januari 2014


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi pengambilan Januari 2014.

Kelayakan Umum


  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
  • Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.

Pengajian IKB

 

Pelatih IKB akan mengikuti kelas amali dan teori sepenuh masa dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajian dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dari Januari hingga Jun manakala Semester Kedua dari Julai hingga Disember.

Pelatih IKB diwajibkan mengikuti kursus selama dua tahun (4 semester) dan wajib mengikuti latihan praktikal selama tiga hingga enam bulan mengikut keperluan kursus masing-masing. 



Kursus Yang Ditawarkan



Kelayakan Umum


  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
  • Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.

Kemudahan Yang Diberi


  • Elaun bulanan sebanyak RM350.00.
  • Yuran pengajian dan bahan mentah percuma.
  • Elaun tambang bas pergi dan balik dari rumah ke IKB (mereka yang tinggal di luar).
  • Kemudahan asrama lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.
  • Bengkel kemahiran dan bilik kuliah yang selesa.
  • Perpustakaan dan makmal komputer.
  • Kemudahan riadah dan rekreasi.
  • Dua pasang pakaian seragam disediakan.

Cara Memohon


  • Borang permohonan boleh didapati secara percuma seperti berikut :-
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke IKB beserta dengan dokumen sokongan yang telah disahkan.

Tarikh Tutup


  • Permohonan mengikuti kursus di IKB bagi pengambilan Januari 2014 ditutup pada 30 Ogos 2013.

Temuduga


  • Semua permohonan akan ditapis, senarai pendek akan dibuat menerusi temuduga. Biasanya temuduga akan diadakan mengikut zon iaitu zon tengah, zon selatan, zon pantai timur dan zon utara.
  • Temuduga dijangka akan diadakan dalam bulan Oktober 2013.  

Keputusan Permohonan


  • Keputusan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal sesi Januari 2014 dijangka akan diumumkan pada awal bulan Disember 2013. 

Maklumat


  • Sila rujuk laman web Institut Kemahiran Baitulmal untuk maklumat lanjut. 
  • Alamat surat menyurat IKB adalah seperti berikut : Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
  • Sila rujuk laman web MAIWP atau hubungi IKB di talian 03 92830385 / 0386 / 0198 atau faks 03 9281 1387 atau emel ikb.emel@yahoo.com jika terdapat sebarang pertanyaan

Hubungi:

INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Telefon : 03-92830385
Faksimili : 03-92811387
Email : ikbaitulmal@yahoo.com

 Website: http://www.maiwp.gov.my/i/

Sumber; eputra dan MAIWP

Artikel ini disiarkan pada 30/7/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 15/8/2013)

0 comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .