Welcome to My

Blog

Sunday, August 18, 2013

PERMOHONAN KE UiTM AMBILAN DISEMBER 2013/2014

PERMOHONAN KE UiTM AMBILAN DISEMBER 2013/2014 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada Lepasan SPM 2012 DAN setaraf, yang belum lagi melanjutkan pengajian ke mana-mana IPTA, Dimaklumkan permohonan ke UITM Ambilan Disember 2013 sedang dibuka.

 Khususnya kepada lepasan SPM SMK Lepar Hilir, SMK Jengka Pusat 2, SMK Jengka 2, rebutlah peluang ini segera.

(Artikel ini telah disiarkan pada 14 Julai 2013 dan akan menjadi entry utama blog ini sehingga 15 OGOS 2013 bagi memudahkan pelajar saya membuat rujukan)

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM DIPLOMA/ASASI UNDANG-UNDANG/SARJANA 
MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA SESI AKADEMIK 2 2013/2014 TELAH MULA DIBUKA MULAI 01 JULAI 2013 (ISNIN) PADA JAM 10.00 PAGI.

PANDUAN PERMOHONAN



Borang Permohonan >>Asasi/Diploma
Panduan Sebelum Membuat Permohonan 



1.
Pastikan anda telah mempunyai No Slip BSN [ Slip BSN ]
2. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan
3. Sila kenalpasti Kategori Anda



Kategori
Pra Diploma
Diploma / Asasi
Sarjana Muda
Profesional
Penerapan
Setara Sepenuh Masa / Pengajian Luar Kampus


4.  Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]

Sila Pilih Kategori Bagi Senarai Program . Klik ya;
1.
Pra Diploma MDAB
2. Asasi/Diploma
3. Ijazah Sarjana Muda
4. Profesional
5. Penerapan
6. Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK)



Semasa Mengisi Borang Permohonan
1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
4. Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
5. Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

 Selepas Membuat Permohonan


1. Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
3.
Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan

Borang Permohonan uITM Disember Intake Asasi/Diploma Untuk Lepasan SPM



Biasa
1. Lepasan SPM / Sijil / Pra Diploma UiTM / Setaraf


Khas untuk pelajar yang sedang belajar di UiTM sahaja
1. Penerapan Pra-Diploma ke Diploma


1. Sekiranya program pilihan anda tiada di dalam senarai pemilihan program, sila rujuk Bahagian Pengambilan Pelajar.
2. Sila tekan butang HANTAR setelah selesai mengisi Borang Permohonan untuk memastikan permohonan anda adalah muktamad. Sekiranya butang HANTAR tidak ditekan, permohonan anda tidak diterima.
3. Anda hanya dibenarkan mengemaskini maklumat anda sebanyak 3 kali sahaja. Bagi menyemak dan mencetak borang permohonan anda, sila KLIK DI SINI.
4. Permohonan ini dibuka dari 1 Julai 2013 sehingga 18 Ogos 2013.
5. Syarat-syarat minimum kelayakan, sila klik SYARAT KEMASUKAN.
6. Sistem Semakan Syarat Khas Program bagi program yang ditawarkan, sila klik SEMAKAN SYARAT KEMASUKAN.
7. SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:
  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat status Bumiputera
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM
8. Permohonan anda akan terbatal sekiranya anda didapati memberikan maklumat salah/tidak benar/memanipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:
  • Kewarganegaraan Malaysia
  • Status Bumiputera
  • Kelayakan/keputusan peperikasaan
9. Sila pastikan anda membuat cetakan dan menyimpan borang permohonan anda sebagai rujukan.

 Sebarang masalah berkenaan aplikasi elektronik, sila hubungi talian dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat hari bekerja sahaja)

  1. Pertanyaan Mengenai Permohonan (Proses pengambilan/ syarat program/ keputusan kemasukan) :
    • Telefon: (+603) 5544 3164/ 3166/ 3174
    • Fax: (+603) 5543 8534 (Pejabat Am Bahagian Pengambilan Pelajar)
  2. Masalah pengisian borang permohonan online/ no slip BSN :
    • Telefon: (+603) 5544 2203
    • Fax: (+603) 5544 2197
    • Emel: uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my

BAHAGIAN PERMOHONAN

Pertanyaan Mengenai Permohonan (proses pengambilan/syarat program/keputusan kemasukan)


Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah
Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174 / 3175
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my


BAHAGIAN TEKNIKAL

Masalah pengisian borang permohonan online dan no.slip BSN :


Helpdesk
Pejabat Teknologi Maklumat
Tingkat 6 Menara SAAS
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

No Telefon: (+603) 5544 2203
Emel: uitmonlineapplication@salam.uitm.edu.my


SILA LAYARI ONLINE.UITM.EDU.MY

















0 comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .